Donut dan Pastri Di Geo De' Cafe
Semasa saya menginap di Geo Resort & Hotel, saya sempat try Hi-Tea di Geo De Cafe yang terletak di lobi hotel. Rupanya kafe ini baru sahaja beroperasi. Banyak juga pilihan pastri yang menarik boleh dicuba. Tertarik saya melihat pelbagai jenis donut yang ditawarkan.
Pastri dan donut yang ditawarkan di sini adalah hasil air tangan chef yang cukup muda tetapi berbakat. Baru berusia 22 tahun tetapi sudah memperkembangkan bakatnya dalam bidang kulinari.
Antara pastri dan donut yang ada ditawarkan di Geo De Cafe seperti gambar di bawah.
Doh roti sangat lembut. Saya paling suka pastri yang ada rasa percikan pedas. Sebabnya saya peminat masakan pedas yang tegar. Anak-anak paling teruja apabila melihat donut dekat sini, terutama yang berwarna-warni.
Sekarang ada promosi ditawarkan dalam set. Setiap set sama donut mahupun hi-tea didatangkan sekali 2 minuman yang diberikan percuma.
Jom makan pastri dan donut di tanah tinggi :-)
Donut dan Pastri Di Geo De' Cafe
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 08, 2023
Rating:
yummeh
ReplyDelete