Menangi RM500 Setiap Hari Dengan #GetMAD bersama MAD Coffee Esklusif Di 7Eleven

MAD Coffee jenama minuman kopi Ready-to-Drink (RTD) telah mengadakan peraduan #GetMAD selama sebulan bermula dari 14 September sehingga 13 Oktober 2023 dengan menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu wang tunai RM500 setiap hari.


Minuman kopi bru vegan, MAD Cofffe ini cukup popular di Singapura, Minuman yang 100% berasaskan tumbuhan inidiperkenalkan bagi menawarkan kepada masyarakat Malaysia satu alternatif yang lebih sihat untuk kopi tin yang kebiasaannya menggunakan susu lembu dan mengandungi gula yang tingg. MAD Coffee juga sesuai untuk mereka yang  tidak bertoleransi (alergik)kepada laktosa.
 

Tersedia secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven di seluruh Semenanjung Malaysia, kopi MAD  berkrim bersama susu oat tersedia dalam tiga varian iaitu 240ml—Double Shot, Single Shot dan Decaf/ Setiap satu mewakili personaliti uniknya yang tersendiri iaitu Max, Miles dan Maya.
 
Cara Untuk Memenangi Peraduan #GetMAD
Carnya sangat mudah. Hanya beli satu tin minuman MAD Coffee dari mana-mana kedai 7-Eleven di Malaysia. Seterusnya ambil gambar, atau video dan  kongsi di Instagram dan/atau TikTok anda dan tag @iammad.co. 


Dalam kapsyen, peserta mesti menggunakan hashtag #IAMMAD dan tag 3 rakan yang mereka ingin #GetMAD bersama. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari selama 30 hari dengan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM500. Seramai 30 pemenang akan dipilih sepanjang tempoh peraduan.

Sedikit Pengenalan Tentang MAD Coffee
Diasaskan pada 2019 oleh Angelique Teo, seorang pengamal media dan personaliti radio Singapura, dan Bobby Randhawa, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri minuman/ Dan MAD Foods menyasarkan untuk mencipta minuman yang memberi pilihan kepada pengguna agar dapat menikmati dengan mudah, sihat. dan mampan. Selain itu, MAD juga sangat komited dalam menyediakan dunia produk minuman sedia dinikmati yang berasaskan tumbuhan dan bebas daripada soya, tenusu dan kekacang. 

Saya teruja untuk mengembangkan perjalanan MAD kami ke Malaysia! Kami telah membina komuniti yang hebat di Singapura dan saya tahu rakyat Malaysia akan menyukai rangkaian MAD kami dan semua yang kami perjuangkan.
Saya yakin produk terbaik dalam kelas kami akan diterima dengan baik dan kami berasa dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada industri makanan dan minuman yang semakin berkembang di sini. Perjalanan kami sangat mengagumkan setakat ini, dan kami tidak sabar untuk memulakan lembaran baharu ini dan membawa MAD kepada lebih ramai orang!”
Kopi bru sejuk tanpa tenusu berasaskan susu oat MAD juga bebas daripada gula tambahan dan GMO. Minuman sihat dibungkus dalam tin aluminium nipis bebas BPA yang 100% bebas plastik.
 

Ikuti laman sosial MAD Foods di Facebook dan Instagram untuk info lanjut.

Menangi RM500 Setiap Hari Dengan #GetMAD bersama MAD Coffee Esklusif Di 7Eleven Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 18, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.