Pantai Timur Food Festival Di Anjung Floria Putrajaya

Makanan di Malaysia memang meriah. Bayangkan setiap negara di Malaysia mempunyai identiti dan tarikan makanan mereka tersendiri. Contohnya nasi dagang Terengganu, nasi kerabu Kelantan, ikan patin masak tempoyak, sambal hitam Pahang dan banyak lagi.


Melihat kepada kemeriahan masakan di Malaysia yang mampu menyatukan bangsa, Mek Noor Nasi Dagang berbesar hati untuk menganjurkan Pantai Timur Food Festival buat julung pertama kalinya. Festival yang akan berlangsung selama 3 hari ini bermula dari 29 September sehingga 1 Oktober 2023 dan menawarkan pelbagai menu menarik bukan sahaja dari Pantai Timur bahkan seluruh Malaysia.


Hampir 100 gerai menanti pengunjung di Pantai Timur Food Festival di Anjung Floria Persint 4 Putrajaya. Festival 3 hari ini  akan bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Masuk adalah PERCUMA dan disediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung .Anak-anak yang hadir juga boleh menyertai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka. 

Selebriti Turut Sama Membuka Booth Jualan
Antara selebriti yang akan turut serta di dalam Pantai Timur Food Festival ini seperti Issey Fazlisham, Ani Maiyuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.




Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi.

 

Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar iaitu Shah juga bakal memeriahkan suasana festival. Bayangkan kita dapat menikmati pelbagai hidangan hebat sambil melayan persembahan dari artis dan dj yang turut menjayakan festival ini.

 

Selain gerai jualan makanan terdapat juga aktiviti lain seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.


Wakil Mek Noor Nasi Dagang turut berkongsi yang mana selain dari mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan. Bayangkan harga booth yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari.
Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.
Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.

Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong.
Pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah  bernilai sehingga RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai. Setiap hari akan diadakan cabutan bertuah dan malam terakhir  iaitu pada Oktober 2023 merupakan malam kemuncak acara.


Untuk lebih info mengenai Pantai Timur Food Festival boleh layari laman sosial  @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page).

Jom ramai-ramai kita memeriahkan Pantai Timur Food Festival di Anjung Floria Putrajaya,

Pantai Timur Food Festival Di Anjung Floria Putrajaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 20, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.