Pemergian Tidak Disangka, dan Solat Ghaib

Mendapat perkhabaran pemergian kawan sekolah anak memang boleh membuatkan hati seorang ibu itu sebak. Biarpun tidak mengenali secara dekat tetapi berita duka seperti ini untuk ibubapa yang menghantar anaknya sekolah jauh dari rumah memang akan terkesan.


Punca dari sakit yang biasa dialami oleh budak-budak asrama seperti demam. Tapi siapa sangka ianya betul-betul demam panas yang menyebabkan badan tidak betul kuat untuk menguruskan diri.

Jatuh di tandas ketika hendak menyiapkan diri yang menyebabkan pendarahan di otak. Lebih sedih doktor juga tidak boleh melakukan operasi pembedahan memandangkan masalah yang berkaitan dengan pesakit yang tidak mengizinkan.

Diumumkan brain death. Sakitnya tidak lama akhirnya arwah pergi jua. Dan ibubapa arwah bereetuju mendermakan segala organ arwah yang boleh diberikan manfaat pada mereka yang memerlukan.

Suasana yang sangat pilu, hari yang cukup muram mengiringi kepulangan arwah bertemu dengan Sang Pencipta.

Damailah anaknda di sana. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat segala kebaikannya di dunia ke syurga.

Solat Ghaib
Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri solat jenazah bolehlah laksana solat ghaib.

Hukum mengerjakan Solat Jenazah Ghaib adalah sunat.

Ia sunat dilakukan apabila mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.



Usolli ‘Alal Mayyiti (Nama Arwah) Al-Ghoo-Ibi Arba’ Takbiratin Fardol Kifayati, Lillahi Ta’ala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat ke atas mayat ……(Nama Arwah)……. yang ghaib, empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala

Mati itu paati, bila dan masa hanya Dia yang mengetahui.

Pemergian Tidak Disangka, dan Solat Ghaib Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 17, 2023 Rating: 5

4 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirojiun....x boleh bayangkan.. but true, mati itu pasti. semoga family nya kuat & redha menghadapi ketentuan Ilahi.. aamiin

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.