Review K-Drama : A Time Called You

A Time Called You merupakan siri drama Korea terbaru lakonan Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been, dan Kang Hoon. Siri ini adalah adaptasi dari  siri televisyen Taiwan Someday or One Day pada tahun 2019. Dan ianya baru sahaja ditayangkan di Netflix.


Bagi saya yang jarang menonton K-Drama tiba-tiba boleh terjebak dengan cerita A Time Called You ini. Apa yang pasti setiap episod kita tidak boleh missed, kalau tidak memang tak akan faham apa yang sebenarnya berlaku.

Sebabnya banyak sangat babak yang flashback. Kenapa, apa, siapa dan punca masih tidak pasti di awal perjalanan cerita. Biarpun dah tonton episod ke 11, jalan cerita masih lagi tegang, sebab kita tidak dapat menjangka sangat apa yang akan berlaku.

Sinopsis K-Drama A Time Called You
Han Jun-Hee (Jeon Yeo-Bin) merupakan gadis yang berkerjaya, cantik dan punyai personaliti disenangi tetapi sebenarnya beliau masih lagi meratapi kematian kekasihnya Koo Yeon-Jun (Ahn Hyo-seop). Yeon-jun telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang walaupun mayatnya sebelum ditemui.

Biarpun setelah setahun  musibah ini berlaku kesedihan Jun-hee masih masih belum terubat. Beliau masih lagi menghantar Whatsapps kerinduan kepada Yeon-Jun walaupun beliau tahu mesejnya tidak akan dibalas. 


Namun pada suatu hari,beliau menerima bungkusan misteri yang mengandungi sekeping gambar dan pita kaset. Gambar itu menunjukkan seorang wanita yang hampir serupa dengan dirinya dan berdiri di antara dua lelaki.


Selepas menerima bungkusan itu, sedang Jun-hee yang menaiki bas sambil melayan lagu dari pita kaset yang beliau terima tiba-tiba tanpa disangka beliau kembali ke zaman 1998. Rohnya memasuki tubuh seorang pelajar sekolah menengah, Min-ju, yang baru sahaja mengalami kemalangan. Ingatannya dan ingatan Min-ju juga bercampur aduk membuatkan dia keliru.


Kisah ini menjadi lebih menarik apabila Min Joo bertemu dengan seorang lagi pelajar lelaki, Nam Shi-heon (Ahn Hyo-seop), yang serupa dengan teman lelakinya.

Nam Shi-heon juga mempunyai seorang kawan bernama Jung In-gyu. Dan Jung In-gyu diam-diam memendam perasaan terhadap Min Joo. Untuk info karektor Min Joo dan Jun-hee memang sangat bertentangan.


Jun-hee dicintai Nam Shi Heon, manakala Min Joo ini disukai Jung In-gyu. Banyaklah konflik yang berlaku terutama persahabatan dan kekeluargaan. 


Apakah kesudahan cinta segi tiga mereka dan adakah Jun-hee akan kembali ke garis masa asalnya? Kalau nak tahu, tontonlah drama hangat ini di Netflix.

Review
Bagi aku jalan cerita drama korea ini lain sikit daripada siri drama yang aku pernah tengok. Muka-mula agak kompius dengan jalan cerita, Tiba-tiba kemunculan lelaki rambut panjang tu macam misteri tapi dikupas dengan baik pertengahan episod.

Jun-hee tu memang kalau korang perasan ada watak budak 11 tahun Jun-hee dan bagaimana dia bertemu dengan Shi Heon.

Aku rasa karektor-karektor tempelan dalam siri ni ni pun best seperti pakcik, mak dan adik dia. Begitu juga dengan watak budak jahat. Untuk drama bersiri 12 episod boleh cover semua cerita tak tergantung tu bagi aku dah bersyukur sangat dah. Hahahah. Ini terutamanya bagi drama yang jalan cerita agak berat.

Cuma kalau dapat selitkan apa yang akan terjadi Min Joo dan Jung In-gyu pada zaman 2023 lagi best rasanya. Apa yang penting ianya adalah berkait dengan pesakit yang koma, time travel dan adakah kita mampu ubah jalan cerita hidup kita.

My heart will find you...

Ecececece
Review K-Drama : A Time Called You Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 12, 2023 Rating: 5

4 comments:

  1. menarik citernya :) seronok jer I baca review u ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i jarang layan kdrama sejak akhir2 ni.. tapi worth thk cuma 12 episod setiap episod tu 1 jam jenuh gak hehehe

      Delete
  2. dah dlm my list dah cuma lum mula layan. bila baca review ni, mcm best je & mcm sedihhh.. kena layan ni..tq tq

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.