ROHTO EYE CARE MEMPERKASAKAN MURID-MURID KURANG BERKEMAMPUAN MENERUSI KEMPEN CSR “JOY OF SEEING”

Rohto Eye Care, peneraju dalam menyediakan penyelesaian penjagaan mata yang inovatif, dengan bangga mengumumkan kejayaan kempen CSR tahunan syarikat yang dinamakan "The Joy of Seeing." Selepas kejayaan yang diperoleh pada tahun lepas, kempen tahun ini sekali lagi membuktikan mereka dalam usaha mengumpulkan dana, meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan positif dalam kehidupan murid-murid daripada kumpulan B40.


Dengan kerjasama rakan kongsi yang ternama iaitu Pintar Foundation dan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd, Rohto Eye Care memperluaskan jangkauannya ke tiga buah sekolah rendah di Lembah Klang: Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Sekolah Kebangsaan Seri Cheras dan Sekolah Kebangsaan Kiaramas. Kempen ini telah memberi impak yang mendalam terhadap lebih 2,400 orang murid, termasuk 30% daripada keluarga B40 yang kurang bernasib baik daripada segi ekonomi.


Melalui penggabungan dengan Focus Point Vision Care Group sebagai pakar bidang yang terkenal, Rohto Eye Care melangkaui tanggungjawab sosial korporat tradisional. Pasukan khas mereka telah menjalankan ceramah pendidikan yang menarik dan bermaklumat tentang kesihatan mata sambil menyediakan pemeriksaan kesihatan mata komprehensif di sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Matlamat utama mereka adalah untuk memperkasakan kanak-kanak dengan pengetahuan tentang mata mereka, menggalakkan amalan penjagaan mata dan memberikan sokongan kepada murid-murid B40 yang memerlukan cermin mata preskripsi.

Untuk menggalakkan sokongan yang lebih besar, Rohto Eye Care bekerjasama dengan Watsons, rangkaian runcit yang dipercayai dan popular. Sepanjang bulan Mei, sebahagian daripada jualan produk Rohto Eye Care di kedai Watsons di seluruh negara diperuntukkan bagi tujuan pengumpulan dana kempen. Usaha kerjasama ini bukan sahaja dapat mengukuhkan inisiatif ini tetapi juga mempamerkan kekuatan perpaduan dalam mencapai matlamat bersama.

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum, menekankan kepentingan kempen dan  objektifnya. Berikutan penemuan membimbangkan di mana kesan buruk masa skrin yang berlebihan terhadap penglihatan murid, terutamanya apabila belajar secara digital semasa wabak COVID-19 telah menimbulkan banyak isu penglihatan kepada kanak-kanak. Lim menyatakan harapan ikhlasnya bahawa kempen ini akan memperkasakan murid untuk mengutamakan dan menjaga mata mereka yang berharga.


Matlamat kami adalah untuk mendidik murid-murid tentang petua dan senaman penjagaan mata yang berguna. Ini membolehkan mereka mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan kesihatan mata yang optimum

Lim berkata. 
Selain itu, kami dengan bangga telah menaja sebanyak 79 pasang cermin mata preskripsi, satu usaha nyata untuk meningkatkan penglihatan murid-murid B40 yang kurang bernasib baik dan menyediakan mereka dengan alatan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam bidang akademik. Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh sesetengah kanak-kanak yang tidak dapat melihat dengan jelas di dalam kelas kerana sumber yang terhad.

Untuk menjadikan pendidikan kesihatan mata benar-benar menarik, Rohto Eye Care menggabungkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, termasuk permainan penutup mata dan pertandingan seni. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kepentingan mengekalkan kesihatan mata dan memupuk rasa keseronokan dan penyertaan dalam kalangan murid.

Kami sangat bersyukur atas inisiatif yang diambil oleh Rohto Eye Care, kerana sejumlah besar pelajar kami berasal dari keluarga kurang berkemampuan. Cermin mata preskripsi boleh menjadi sangat mahal, dan ramai pelajar kami yang mengalami masalah penglihatan tidak mampu untuk membeli sepasang cermin mata. Sepanjang program ini, pelajar dan guru kami telah memperoleh pengetahuan yang sangat berharga
kata En. Abdul Rahman bin Md. Nor, Guru Besar SK Kampung Batu.

Masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak menjadi kebimbangan global yang semakin meningkat, terutamanya di Asia. Mengatasi isu ini memerlukan usaha kolektif untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana keadaan mata yang lemah boleh memberi kesan yang ketara kepada penglihatan kanak-kanak dan kesihatan mata secara keseluruhan.

Beberapa faktor menyumbang kepada penglihatan yang lemah termasuk faktor genetik dan pilihan gaya hidup seperti masa skrin yang berlebihan, membaca dalam cahaya malap dan kurang tidur. Dengan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang faktor-faktor pengaruh ini, Rohto Eye Care berhasrat untuk memperkasakan ibu bapa dan penjaga untuk mengamalkan langkah-langkah yang mengurangkan kesan negatif terhadap penglihatan anak-anak mereka.

Pengesanan awal ralat biasan adalah penting untuk intervensi tepat pada masanya dan rawatan yang berkesan. Ibu bapa digalakkan untuk sentiasa berwaspada terhadap tanda- tanda amaran seperti kerap mengecilkan mata, sakit kepala yang berterusan, kebiasaan menggosok mata, ketidakupayaan untuk memberi tumpuan pada jarak yang tertentu dan mengelakkan aktiviti yang bergantung kepada penglihatan yang jelas.

Menggalakkan tabiat mata yang sihat amat diperlukan untuk mengekalkan penglihatan optimum pada kanak-kanak. Adalah penting untuk menerapkan amalan mengambil rehat yang kerap daripada melihat skrin, memastikan pencahayaan yang betul untuk membaca dan belajar, menekankan aktiviti luar untuk mengurangkan ketegangan mata dan mengutamakan tidur yang mencukupi. Pemeriksaan mata yang kerap memainkan peranan yang sangat berguna dalam memantau kesihatan visual dan secara proaktif mengurus ralat biasan.


Dalam kes tertentu, kanak-kanak mungkin memerlukan cermin mata preskripsi untuk memperoleh dan mengekalkan ketajaman penglihatan yang optimum. Dengan bekerjasama dengan profesional penjagaan mata, Rohto Eye Care memastikan keperluan setiap kanak-kanak dinilai dan dipenuhi dengan tepat. Ini dapat memperkasakan mereka untuk menghadapi dunia dengan jelas dan yakin.

Pencapaian cemerlang Rohto Eye Care dalam kempen CSR membuktikan dedikasi untuk mempromosikan kesihatan mata dan kesejahteraan kanak-kanak secara keseluruhan. Melalui penajaan cermin mata preskripsi dan usaha tanpa henti untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mata, Rohto Eye Care terus memberi impak positif yang berkekalan kepada masyarakat, membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan lebih berpotensi untuk generasi muda.


ROHTO EYE CARE MEMPERKASAKAN MURID-MURID KURANG BERKEMAMPUAN MENERUSI KEMPEN CSR “JOY OF SEEING” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.