Ahli DXN Teruja Lihat Ladang Dan Kilang DXN
Ahli DXN Teruja Lihat Ladang Dan Kilang DXN:
Tanam Herba Sendiri Jamin Kualiti Dan Kebersihan Produk- DXN Holdings Bhd (DXN), sebuah syarikat jualan langsung berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan global berada pada kelas tersendiri dalam menjamin kualiti dan kebersihan produk menerusi komitmen mereka menghasilkan sendiri herba yang digunakan dalam produk keluarannya iaitu ganoderma dan spirulina di ladang milik syarikat itu, di Bukit Wang, Jitra, Kedah.
Ahli DXN yang menyertai lawatan santai baru-baru ini.
Lebih menarik, suasana itu dilihat sendiri oleh beberapa ahli yang berkunjung ke ladang seluas 30 ekar yang turut menempatkan sebuah kilang dengan keluasan 28,000 kaki persegi, sempena lawatan santai baru-baru ini.
Kilang DXN Pharmaceutical yang berstatus Good Manufacturing Practice (GMP) secara rasminya dibuka pada 9 Jun 2001 dilengkapi mesin serta prasarana terbaik di dunia.
Cendawan Ganoderma yang ditanam sendiri di kilang ini
Dalam kunjungan itu, ahli berkenaan melihat sendiri bagaimana proses penanaman ganoderma dari langkah awal sehingga tempoh matang sekitar tiga bulan.
Produk spirulina DXN dihidangkan kepada peserta lawatan
Begitu juga dengan kolam tanaman spirulina yang dibina khas termasuk membabitkan penggalian tanah dan penyediaan air masin oleh syarikat itu sendiri secara semua jadi.
Kolam spirulina di dalam kawasan kilang
Bagi Datin Hajah Khairunaniza, peluang melihat sendiri kesemua proses berkenaan membuka matanya betapa DXN sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang boleh diyakini dalam aspek kebersihan, kualiti dan keselamatan dalam penyediaan produk mereka.
"Saya memang teruja apabila berpeluang melihat sendiri ladang dan kilang DXN termasuk alatan yang digunakan serta proses penyediaan produk yang sangat bersih dan tanpa ragu-ragu.
"Sebagai seorang yang sudah berpeluang ke luar negara dan melihat produk lain di sana, DXN berada dalam liga tersendiri dan tidak keterlaluan kalau saya kata ia terbaik," katanya.
Bagi Norsham Ibrahim yang baharu beberapa bulan menyertai DXN, peluang berkunjung dan melihat sendiri ladang serta kilang berkenaan menyuntik keyakinan lebih tinggi buatnya menggunakan produk yang dihasilkan.
"Puas dan seronok sebab dapat tengok sendiri cendawan gano malah saya juga berpeluang merasai spirulina yang dihasilkan di kawasan kilang.
"Bila kita tahu DXN yang keluarkan sendiri bahan untuk produk, rasa yakin dan lega itu datang dengan sendiri dan tidak risau tentang apa yang kita makan serta gunakan," katanya yang bekerja sebagai tukang urut serta mula menggunakan produk DXN Gano Oil.
Kesemua ahli yang menyertai lawatan santai itu, turut dibawa ke Kafe DXN di Bandar Stargate, Alor Setar dan menikmati sendiri pelbagai menu yang ditawarkan.
Pastinya sajian salad segar dan cendawan goreng tepung menjadi pilihan kerana kesegaran yang dirasaikan serta pilihan air produk keluaran DXN yang sihat serta segar.
Ahli DXN Teruja Lihat Ladang Dan Kilang DXN
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 19, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...