Anugerah MIE 2023 Pengiktirafan Buat Pendidik Cemerlang

Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 (MIE) telah memberi pengiktirafan kepada 585 pendidik dari pelbagai bidang. Majlis berprestij anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ini telah berlangsung dnegan cukup meriah di Hotel Marriot Putrajaya.


Acara ini turut dihadiri Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Penganjuran anugerah berprestij ini sekaligus membuktikan bahawa dunia pendidikan begitu hebat tiada halangan dari segi budaya, faktor geografi mahupun bahasa. Bahkan pendidikan memberi peluang kepada individu untuk mengenal pasti potensi diri dan meningkatkan kehidupan mereka

Pengenalan Buku "Biografi Pendidik Berpengaruh Malaysia 2022/2023"
Dalam usaha  secara konsisten mengangkat pendidik dan jasanya agar dapat dikenang sehingga bila-bila, buku "Biografi Pendidik Berpengaruh Malaysia 2022/2023" bakal diterbitkan dan dijangkakan dapat direalisasikan hujung tahun ini.



Di dalam ucapan Presiden MIE, Ms. Tiffany Tan Tian Yee ada menegaskan;
Penubuhan MIE bertujuan untuk menghargai individu cemerlang dalam bidang pendidikan yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa. Dalam perjalanan pendidikan  mereka telah menunjukkan kecekapan, kebijaksanaan, dan bakat, serta memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang pendidikan masing-masing. Mereka juga mengamalkan prinsip-prinsip amalan terbaik. Oleh itu, mereka akan dipilih sebagai teladan dan contoh terbaik dalam industri ini, dan akan diberi penghargaan yang setimpal.
Dalam dunia kerjaya, mentor memainkan peranan yang amat penting. Mereka bukan sahaja penyampai ilmu, tetapi juga bertindak sebagai panduan dan kompas dalam kerjaya pelajar.
Selain daripada sijil penghargaan, buku Biografi Pendidik Berpengaruh juga akan diberikan untuk acara anugerah tahun depan. Ianya satu penghargaan dan juga boleh memotivasikan semua pendidik agar terus konsisten cemerlang dalam dunia pendidikan mereka.

Pendidikan Teknik dan Vokasional Membantu Memacu Ekonomi Negara
Di majlis yang sama turut dikongsikan tentang pendidikan teknik dan vokasional yang menjadi semakin penting dalam masyarakat global masa kini. Bukan sekadar kemahiran mengajar tetapi dapat menyelesaikan masalah pekerjaan negara didalam memacu pertumbuhan ekonomi,

Seperti yang kita sedia maklum, salah satu peranan utama pendidikan teknikal dan vokasional adalah untuk mengatasi kekurangan kemahiran yang ada didalam industri di Malaysia. Setiap industri, sama ada kejuruteraan, penjagaan kesihatan atau teknologi maklumat sangat memerlukan kemahiran yang khusus. 

Melalui pendidikan teknikal dan vokasional dapat mengatasi isu kekurangan tenaga kerja dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pelajar. Sekaligus dapat memenuhi keperluan perusahaan untuk tenaga pekerja teknikal yang mahir.


Menjadi pendidik bukanlah satu usaha yang mudah. bahkan banyak masa, tenaga dan keringat akan dicurahkan dalam dunia pendidikan.  Moga  dengan adanya Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 (MIE) dapat menyuntik motivasi agar pendidik terus komited dan konsisten cemerlang.

Anugerah MIE 2023 Pengiktirafan Buat Pendidik Cemerlang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 02, 2023 Rating: 5

2 comments:

  1. Education has become very important for everyone nowadays and students see it as a kind of a burden. The increasing number of assignments has made students choose these assignment help services as it's the only possible way to maintain academic schedules and be able to submit all the projects before the deadline.

    ReplyDelete
  2. Thank you for your outstanding article. The information shared by you is greatly appreciated. Thank you for sharing . Visit us for Getting online tutoring in uae for cbse board at Affordable prices.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.