Kafe Review : Dahlia Corner
Dahlia Corner atau dulunya dikenali sebagai iDahlia Corner yang terletak di Persiaran Stonor cukup terkenal dengan variasi pilihan menu hidangan pagi dan juga tengahari. Restoran yang terletak di kawasan segi tiga emas ini sememangnya cukup popular terutama dikalangan kumpulan bikers.
Ikan Bawal Emas Stim Limau
Ikan Siakap 3 Rasa
Tomyam Seafood
Sup Tulang Letop
Telur Dadar Special
Ayam Goreng Kunyit
Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis
Lokasi restoran yang cukup strategik berdekatan dengan KLCC menyediakan kemudahan parkir yang cukup banyak. Dahla Corner dibuka setiap hari kecuali Ahad (tutup), bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.
Kunjungan kali ini saya telah mencuba set hidangan makan malam yang sering menjadi pilihan pelanggan Dahlia Corner. Hidangan makan malam yang ditawarkan adalah masakan panas yang disediakan sendiri oleh tukang masak Dahlia Corner yang cukup berpengalaman.
Antara pilihan hidangan yang saya telah cuba dan rekomen seperti :-
Agak jarang kita jumpa masakan ikan bawal emas yang dimasak secara stim. Namun di Dahlia Corner kita berpeluang merasainya. Not bad! Suka denga ketebalan isi ikan yang cukup padu dikukus bersama lemon dan cili api. Rasanya masam-masam manis pedas.
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan siakap yang digoreng garing disaluti dengan kuah 3 rasa. Hidangan yang cukup sinonim untuk acara makan-makan bersama keluarga.
Tomyam Seafood
Pelbagai jenis hidupan segar didalam kuah tom yam. Paling suka nikmatinya bersama nasi panas-panas kerana kuah tomyam yang disediakan cukup seimbang dari rasa pedas, masam-masam manis.
Sup Tulang Letop
Daging lembut, supnya cukup enak dengan renehan tulang daging yang cukup lama.
Telur Dadar Special
Untuk telur dadar ini agak istimewa kerana didalamnya ada inti udang dan pelbagai lagi.
Udang dan Sotong Goreng Tepung
Ranggup sangat tepung gorengan ini. Sedap juga jika meratah begitu sahaja.
Ayam Goreng Kunyit
Ayam goreng yang menjadi kegemaran anak-anak. Enak dinikmati ketika masih panas-panas. Selain ayam, ada bawang holand dan sayur kacang panjang menjadikan menu ini lebih istimewa.
Kailan Ikan Masin
Untuk pilihan masakan sayur, saya memilih Kailan Ikan Masin. Pelengkap hidangan yang dinikmati selain protein dan karbo, kita hadirkan juga sayur.
Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis
Uniknya di Dahlia Corner korang boleh dapatkan lempeng kelapa yang boleh dinikmati bersama sambal ikan bilis ataupun gula perang. Satu set didatangkan dengan 3 keping lempeng. Nikmati ketika masih panas-panas memang sedap.
Persekitaran restoran sangat cantik, seolah berada di taman. Di waktu malam ada live band yang akan membuat persembahan. Disediakan juga di satu sudut untuk kita berkaraoke. Dahlia Corner juga ada menerima tempahan untuk majlis-majlis esklusif. Selain menerima pesanan hidangan jamuan turut disediakan ruang acara yang boleh digunakan untuk tetamu sehingga 20 orang dalam satu-satu masa.
Kafe Review : Dahlia Corner
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 10, 2023
Rating:
semua nampak sedap!!
ReplyDelete