Kafe Review : The Orange Couch

Buat mereka yang sukakan hidangan ringkas, sedap dan berkhasiat bolehlah datang ke kafe The Orange Couch yang terletak di Subang Jaya. Lokasinya yang cukup strategik berdekatan dengan stesen LRT SS15 Subang Jaya.


Kafe yang terletak di deretan bangunan kedai ini agak unik dan punyai stail yang tersendiri. Berhadapan kafe ada disediakan parkir tetapi untuk waktu-waktu puncak, kenderaan agak banyak di kawasan tersebut.

Waktu operasi kafe The Orange Couch adalah seperti berikut:
Rabu : 10.30 pagi - 6.30 petang
Khamis : 10.30 pagi - 6.30 petang
Jumaat : 10.30 pagi - 10.00 malam
Sabtu : 10.30 pagi - 10.00 malam
Ahad : 10.30 pagi - 6.30 petang
Tutup : Isnin dan Selasa


Dekorasi didalam kafe sangat ringkas dan kemas. Bagi saya penampilan susun atur didalamnya adalah lebih kepada dekorasi berkonsepkan industri yang mendapat sentuhan warna-warna monokromatik. Untuk satu-satu masa kafe ini boleh memuatkan antara 25-30 pax. Namun untuk acara esklusif (tertutu) boleh memuatkan sehingga 40 pax.

Antara Menu Menarik Yang Saya Cuba
Sebenarnya terdapat banyak hidangan menarik yang ditawarkan di sini tapi saya hanya berkesempatan 2 menu yang sering mendapat permintaan dari pelanggan setia kafe The Orange Couch..

1. Waffles Burger Chicken
Kelainannya pada waffles yang ada rasa percikan rasa rempah. Digabungkan bersama daging burger, telur dan juga sayuran. Memang sangat mengenyangkan!

2. Sandwich Smoked Duck

Roti sandwich bersama daging itik yang cukup berjus, sayur dan telur scramble. Ringkas dan sedap.

3. Coffee Lemonade
Kopi bersama lemonade. Pertama kali saya mencuba. Buat peminat kopi bolehlah mencubanya.

4. Handcrafted Beverages - Pineapple & Lime
Minuman yang cukup menyegarkan. Air sprkling bersama perisa lime dan pineapple. Masam-masam manis.

5. Sweet Waffles
Pemanis mulut yangsukar dilepaskan. Penutup bicara setelah meniikmati pelbagai hidangan yang cukup hebat.



Di kafe ini terdapat juga cenderahati esklusif yang pelanggan boleh dapatkan sebagai tanda kenangan.


Sesuai untuk datang lepak-lepak santai bersama kawan mahupun keluarga. Suasana didalam kafe cukup tenang  dan selesa. 

Untuk alamat penuh cafe:
The Orange Couch, 
11 Jalan SS 15/4C, Subang Jaya
https://waze.com/ul/hw281x8j1z


Pasti akan datang repeat lagi makan di sini. Memang puas hati.

Kafe Review : The Orange Couch Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 06, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.