Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia Di Pavilion Bukit Jalil

Peminat NARUTO di Malaysia seperti anak-anak saya memang teruja dengan berlansungnya acara Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia> Pameran interaktif ini adalah dari 7 Oktober sehingga 31 Disember 2023 di Level 2 (Orange Zone) Pavilion Bukit Jalil.

Satu peluang yang cukup unik apabila kita dapat mendekati dan mengembalikan memori adegan-adegan ikonik didalam siri animasi NARUTO. Dan pameran ini adalah usaha kerjasama Biz Trend Media, Kumpulan Hiburan MMIC, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil dan Book My Show.


Pengembaraan Mengasyikkan Menanti Semua


NARUTO adalah siri anime kesukaan ramai termasuklah anak-anak saya. Ianya pertama kali disiarkan pada tahun 2002, mengisahkan perjalanan Naruto Uzumaki, seorang anak yatim piatu yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Hokage. Sepanjang tempoh penyiaran siri anime tersebut, francais NARUTO mendapat sambutan seluruh dunia sehinggakan berjaya menjadi salah satu francais dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, merangkumi volume manga, filem dan permainan.


Melalui TV Malaysia, para peminat di Malaysia boleh merasai pengalaman terbaik dengan mendekati ikonik dalam anime yang jika sebelum ini hanya dapat dilihat melalui skrin kaca televisyen.


Selain itu, pameran ini juga telah menampilkan set 3D, galeri alatan ninja dan pengalaman VR yang membolehkan kita berinteraksi dengan watak kegemaran dari alam semesta NARUTO dan BORUTO.

VR

Yara berjaya menyiapkan semua misi

Tiket untuk pengalaman “NARUTOXBORUTO VR” dijual secara berasingan yerp!


Dari Skrin ke Realiti: Imbas Kembali Detik Ikonik




Ironinya berada di dalam ruang pameran sepertinya kita berada didalam dimensi dunia NARUTO. Kita boleh berOOTD sambil meniru gaya aksi NARUTO dan rakan-rakannya.



Di dalam pameran ini terdapat lapan adegan klasik ciptaan semula dari siri anime NARUTO, yang dilengkapi dengan dengan kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan.


Anak saya Ameer sempat melakukan aksi ninjutsu di lapangan. 



Terdapat juga ruang pameran yang memaparkan babak terperangkap dalam "Curse Sealing" Kakash, dan detik terakhir abang Uchiha, pertempuran legenda antara Naruto dan Sasuke di The Final Valley dan banyak lagi.



Di penghujung pameran terdapat kedai pop-up, di mana kita boleh dapatkan barangan edisi terhad siri animasi NARUTO. Antaranya seperti alat tulis, bantal, kemeja-t eksklusif dan pelbagai lagi. Memang best, jika dapat memiliki barangan edisi terhad NARUTO sebagai tanda kenangan.



Dapatkan Tiket Masuk Pameran  Hari Ini Juga

Pengunjung boleh dapatkan tiket  Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia dari  https://my.bookmyshow.com/e/N20EXMYS. Boleh pilih samada untuk memasuki ruang pameran  Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia ataupun NARUTO c BARUTO VR ataupun kedua-duanya sekali.



Pengalaman Yang Cukup Menarik Buat Anak-Anak Saya



Sebagai peminat NARUTO yang mengikuti setiap siri di kaca TV dan juga membaca komik anime. Apabila berpeluang ke Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia memang tidak akan dilepaskan. Apatah lagi memang menjadi impian anak-anak saya untuk hadir ke pameran sebegini. 


Membesar dengan cerita NARUTO dari zaman kecil hingga remaja menyebabkan mereka cukup mengenali karektor di dalam animasi ini.


Menggandakan lagi keseronokan apabila dapat mengunjungi pameran bersama ahli keluarga yang lain Sekaligus menjadikan aktiviti santai keluarga yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya, bergembira dan menghabiskan masa bersana. Puas hati dan jika berpeluang akan repeat datang lagi.


Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia Di Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 17, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.