The White Forest Menawarkan Hidangan Fusion Jepun Yang Cukup Unik

The White Forest, restoran yang cukup cantik dan unik terletak di bandar Kuala Lumpur ini memang sangat berbaoi untuk dikunjungi. Menawarkan pelbagai hidangan fusion Jepun yang enak dengan harga yang cukup berpatutan. Paling penting semua hidangan yang ditawarkan menggunakan bahan-bahan tempatan.


Terletak di tingkat 1 KL City Centre yang mana waktu operasinya adalah seperti berikut:-
11 pagi - 11 malam (Jumaat hingga Sabtu)
11 pagi - 9 malam (Ahad hingga Khamis)

Jika membawa kenderaan sendiri tidak akan ada masalah kerana kemudahan parkir ada disediakan di dalam bangunan KL City Centre. Pelanggan hanya perlu validate tiket parkir dan hanya RM5 caj dikenakan.





Dekorasi di restoran sangat cantik dan astetik menggunakam pokok birch dalam landskapnya menjadikan ianya cukup mempersona. Susunan kerusi dan meja juga sangat kemas dan selesa. Memang sesuai untuk datang ke sini meraikan hari istimewa, makan-makan bersama rakan mahupun keluarga.

Jom lihat menu hidangan yang saya order ketika menikmati hidangan di sini bersama suami

Chicken Katsu Donburi
Ayam goreng katsu dinikmati bersama kari jepun, nasi, telur separuh masak dan pickled cucumber. Kenyang ya! Semuanya ada dalam satu hidangan. Karinya sedap tambah pula dinikmati bersama ayam goreng ranggup.

Beef Ramen
Homemade ramen yang dinikmati bersama air rebusan daging, telur dan juga sayur. Daging sangat lenut dan berjus.


Salmon Tataki
Filet Salmon Norwegian yang punyai sedikat rasa percikan herba bersama dengan bijan. Lebih istimewa ada yuzu lemon dressing. Memang sedap! Terasa kesegaran isi ikan salmon tersebut.

twf Dessert Platter

Pelbagai signature kek dihidangkan di atas satu pinggan. Antaranya seperti lime yuzu cake, green\tea cheesecake, jack fruit gateau basque dan durian creme brulee

Matcha Molten Cake
Kek yang didalamnya ada matcha lava. Makan panas-panas memang terbaik. Keknya tidak terlalu manis ada sikit ranggup di bahagian luar. Suka! Terutama bila dinikmati dengan lelehan matcha.

Matcha Macchiato
Minuman matcha digabungkan bersama salted cream cheese dan juga susu. Sebagai seorang yang bukan hardcore dengan matcha, saya suka sangat dengan rasanya.

Malaysian Ko-fi
Kopi susu cara Malaysia. Memang sedap sinonim dengan minuman kegemaran masyarakat Malaysia.

Watermelon (Sparkling)
Rasa cukup menyegarkan dan saya memang sangat gemarkannya!

Secara peribadi saya memang sangat rekomen untuk korang datang menikmati hidangan di sini. Sangat puas hati dan datang sini wajib berOOTD!


White Forest, 
10 Jalan Yap Kwan Seng, 
Kuala Lumpur
https://waze.com/ul/hw283fxce2

The White Forest Menawarkan Hidangan Fusion Jepun Yang Cukup Unik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 13, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. nampak menarik menu2nya...ada tanda halal jakim ker ni ayu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.