Acara Kesihatan Hari Jantung Sedunia: Use Heart Know Heart | Anjuran Unit Makmal Kardiologi PPUM

Acara Kesihatan Hari Jantung Sedunia: Use Heart Know Heart | Anjuran Unit Makmal Kardiologi PPUM- Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Namun penyakit ini sering tidak diambil serius biarpun pelbagai kempen kesedaran telah diadakan. Menurut sumber dari  Data Malaysia 2019/2020: National Cardiovascular Disease Database (NCVD)  mendapati 17% daripada kematian adalah akibat "penyakit jantung ischaemia".

Penyakit jantung ischaemia, juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari, adalah keadaan jantung yang disebabkan oleh arteri jantung yang sempit, yang mengurangkan bekalan darah dan oksigen ke otot jantung. Ini akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung. Ischaemia sering menyebabkan sakit dada yang dikenali sebagai angina pectoris. Penyakit ini paling kerap berpunca daripada aterosklerosis, iaitu pengumpulan plak lemak di dalam arteri jantung. Di mana ianya tersumbat secara tiba-tiba dan keadaan teruk pada salah satu arteri jantung sekaligus menyebabkan serangan jantung


Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2023 Unit Makmal Kardiologi, PPUM telah .menganjurkan satu majlis hi-tea yang diselitkan bersama dengan sesi ceramah dari Pakar Kardiologi mengenai penyakit jantung. Acara ini telah berlansung di Oriental Pearl Hall, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Kuala Lumpur.

Untuk tahun ini, kempen Jantung Sedunia adalah bertemakan "Use Heart Know Heart" yang sama-sama mengajak orang ramai untuk lebih cakna tentang penyakit ini Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahayanya penyakit jantung, komplikasi dan cara awal mencegahnya. 


Memandangkan penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia, Unit Makmal Kardiologi PPUM  telah mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan masyarakat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung. Majlis santai dan cukup meriah ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPUM Profesor Dr. Nazirah Hasnan


Tiga Sesi Interaktif, Perkongsian Dari Pakar dan Pesakit Jantung

Terdapat 3 sesi interaktif yang cukup menarik untuk program yang berlansung selama tiga jam.

Sesi 1: Heart Attack and Heart Failure in Malaysia and UMMC. An update 
Penceramah: Profesor Madya Dr. Alexander Loch

Di dalam sesi ini, Profesor Alexander telah menjelaskan perbezaan antara serangan jantung (heart attack) dan juga kegagalan jantung (heart failure).


Lebih menarik, Profesor Madya Dr. Alexander Loch turut kongsikan statistik purata umur yang kerap mengalami serangan jantung  iaitu  57.8 tahun yang mana 17.4% perempuan dan 82.6% lelaki. Menurut Profesor Alexander kebanyakan pesakit yang datang untuk menerima rawatan akibat serangan jantung juga agak lewat. Ini juga menjadi salah satu peningkatan kepada kematian disebabkan oleh penyakit jantung.

Manakala kegagalan jantung merupakan peringkat akhir didalam penyakit jantung. Dikatakan 3-20  dari 1000 populasi. Dan mereka yang berumur lebih 65 tahun, dianggarkan  100 per 1000 populasi. Lebih mengejutkan 6% hingga 10% kemasukan perubatan di Malaysia disebabkan oleh kegagalan jantung.

Kos perubatan jantung juga agak tinggi dan ini juga adalah salah satu isu yang dihadapi oleh pesakit dan juga pihak hospital dalam memberi rawatan.

Sesi 2: "And I thought it's indigestion...": 
Journey of a Heart Attack Patient

Perkongsian yang cukup menarik dari dua pesakit jantung yang pernah dan sedang menjalani rawatan di PPUM tentang bagaimana mereka mula mengesan tentang penyakit ini. 


Apa yang penting kita kena tahu tentang keadaan badan kita, jika ada sesuatu yang tidak kena segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan sebelum terlambat.  

Sesi 3: Care for Cardiac Patients at UMMC. The Future 
Penceramah : Profesor Dr. Imran Zainal Abidin

Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI),adalah prosedur bukan pembedahan yang menggunakan catheter (tiub fleksibel nipis) untuk meletakkan struktur kecil yang dipanggil stent bagi membuka saluran darah di dalam jantung yang telah disempitkan oleh pembentukan plak yang mana keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis.


Menurut Profesor Dr. Imran hanya 6.6% semua pesakit serangan jantung mendapat rawatan Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI). Ini disebabkan masalah kos perubatan, kelewatan memberi rawatan dan masalah logistik

Oleh yang demikian, satu perancangan untuk menubuhkan lab operasi Primary Angioplasty Cardiac pertama di Malaysia yang akan ditempatkan bersebelahan dengan zon merah Jabatan Kecemasan. Perancangannya lab ini akan mula beroperasi pada suku tahun 2024 dengan misi untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit yang mengalami serangan jantung akut.


Dalam penyampaian ceramahnya, Profesor Imran juga ada kongsikan beberapa kaedah kemajuan dalam angioplasti koronari yang boleh digunakan sebagai alternatif merawat pesakit.


Inisiatif Terbaik Melalui Kempen Bergerak Oleh Unit Kardiologi PPUM
Pelbagai kempen bergerak telah diadakan oleh Unit Makmal Kardiologi PPUM. Ini termasuklah sesi ceramah di sekolah dan jabatan kerajaan. Bahkan pihak Unit Kardiologi PPUM tururt membuka pusat pemeriksaan bergerak dan booth yang memberikan pelbagai informasi mengenai penyakit jantung.

Sebagai konklusi, kita sebenarnya tidak boleh mengambil mudah tentang bahayanya penyakit jantung. Segeralah membuat pemeriksaan perubatan apabila kita mempunyai tanda-tanda sakit berkait dengan jantung. Contohnya seperti sakit dada. rasa sukar bernafas secara tiba-tiba dan pelbagai lagi.

Antara blogger yang hadir bersama Profesor Alexander dan pihak urusetia acara

Adalah disarankan untuk kita semua menjalani gaya hidup yang sihat seperti pengambilan makanan yang seimbang, lakukan senaman, kurang makan makanan yang berkolestrol tinggi, tidak merokok dan sebagainya.  

Mencegah lebih baik daripada merawat, Use heart know heart. 

Acara Kesihatan Hari Jantung Sedunia: Use Heart Know Heart | Anjuran Unit Makmal Kardiologi PPUM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 13, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.