Bohoq Villa Langkawi

Bohoq Villa Langkawi - Pertama kali saya melihat villa ini, terus hati jatuh cinta. Lokasi yang cukup strategik berdekatan dengan Airports Langkawi dan juga jarak ke Pantai Chenang tidak sampai 15 minit. Bohoq Villa, rumah agam yang cukup indah terletak di tengah-tengah kawasan bendang padi. Sememangnya sangat unik dan cantik.


Konsep rumah adalah gabungan rekaan rumah tradisi melayu dan juga semi industri. Kita boleh lihat dari struktur rekabentuk dan bumbung villa seperti rumah tradisi melayu lama. Namun dekorasi didalamnya adalah berkonsepkan semi industri.


Terdapat 3 bahagian rumah ini iaitu Villla Serambi, Villa Teratai dan Villa Anjung.


Di bahagian  common area adalah Villa Serambi yang menempatkan ruang tamu, ruang makan dan dapur.  Konsep dekorasi bahagian dalaman ruang ini adalah gabungan semi-industri dan melayu tradisi yang cukup aestetik. 


Bahagian atap, perabung dan kasau berkonsepkan rumah melayu tradisi lama. Paling menarik, silingnya agak tinggi dan memang memberikan pengudaraan yang sangat baik. Ini terutama di waktu pagi dan petang,  angin sepoi-sepoi bahasa dari kawasan bendang cukup mendamaikan.


Manakala untuk Villa Teratai terdapat 2 bahagian iaitu Villa Teratai Studio (bawah) dan juga Villa Teratai Dormitory (atas).


Bilik di Villa Teratai Studio ini boleh memuatkan sehingga 5 orang pada satu-satu masa.


Untuk Villa Teratai Dormitory terdapat 4 jenis katil queen yang boleh menempatkan sehingga 8 orang.


Di bahagian depan adalah Villa Anjung, rekaan yang lebih moden. Mempunyai tuang tamu, bilik air dan juga bilik tidur yang lebih privasi.



Apa yang lebih menarik, semua kelengkapan ada disediakan di Bohoq Villa. Ini termasuklah peralatan memasak, mesin basuh, tempat BBQ, kolam mandi dan pelbagai lagi.




Paling suka dengan persekitaran yang dikelilingi dengan bendang yang kehijauan, memang sejuk mata memandang.


Suasana didalam kampung yang jauh dari hiruk piruk kota menjadikan bermalam di Bohoq Villa sememangnya satu keseronokan dan dapat memberi ketenangan. Memang sangat rekomen pada mereka yang inginkan  suasana terapi dan ‘healing’.



Bagi saya sendiri bercuti di Bohoq Villa Langkawi memberi kelainan dari pengalaman saya bercuti sebelum ini. Selain daripada persekitaran villa yang sangat cantik, fasiliti superb, saya juga sangat sukakan dekorasinya yang cukup astetik.


Jika bercuti di Langkawi, bolehlah menginap di Bohoq Villa, okiee


Bohoq Villa Langkawi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.