Energizer Re-Energize 100% FitFest
Re-Energize 100% Fitfest, acara kecergasan paling hangat di bulan Oktober, telah berakhir dengan penuh kemeriahan. Acara telah berlangsung pada hujung minggu di Desa Park City Carpark 3, berdekatan Arkadia Plaza, Fitfest telah dibanjiri dengan lebih daripada 3,500 peserta dari semua peringkat umur. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan kesejahteraan badan dan juga gaya hidup aktif, telah membuatkan para peserta berasa bertenaga, bermotivasi, dan berinspirasi.
Acara tiga-hari ini memberikan para peserta peluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti kecergasan, termasuklah yoga, Zumba, high-intensity interval training (HIIT), dan body combat yang telah diketuai oleh jurulatih-jurulatih kecergasan terkenal dari Fitness First, Celebrity Fitness dan CHI Fitness. Sesi-sesi tersebut bukan sahaja memberikan peluang untuk mengeluarkan keringat tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan dan kemesraan di kalangan peserta.
Tambahan lagi, Re-Energize 100% Fitfest juga memaparkan kelas-kelas eksklusif yang dihoskan oleh ‘influencer-influencer’ sukan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan Joey Tng. Para peserta telah berpeluang untuk belajar dari ikon-ikon kecergasan ini danjuga dapatkan pandangan tentang teknik-teknik latihan dan perjalanan kecergasan peribadi mereka.
Salah satu acara menarik adalah cabaran memanjat dinding batu. Peserta telah diuji untuk kekuatan, ketangkasan dan ketahanan mereka di atas dinding batu canggih setinggi 5 meter, mencerminkan kuasa dan ketahanan bateri Energizer. Pengalaman mendebarkan ini telah mendorong peserta ke aras baru, disamping menakluki cabaran di hadapan mata mereka.
“Di Energizer, kami percaya untuk sentiasa kekal bertenaga. Seperti bateri kami yang memastikan peranti sentiasa berjalan, kami ingin memberikan inspirasi kepada semua untuk kekal bertenaga sepanjang masa di dalam hidup mereka melalui Re-Energize 100% Fitfest. Acara ini memberikan platform untuk individu merangkul kesejahteraan fizikal, mengatasi had mereka, dan bergembira dengan gaya hidup yang aktif. Kami gembira kerana dapat menganjurkan acara sebegini yang dapat memotivasi dan memperkasakan para peserta untuk mencari potensi mereka,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia dan Singapura, Energizer Holdings Inc.
Acara ini juga dijayakan melalui sokongan penaja-penaja. Para peserta menerima beg hadiah bernilai RM 120 berisi barangan dari jenama-jenama terkenal seperti NIVEA, Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak lagi apabila mereka sampai ke Re-Energize 100% Fitfest. Para peserta juga berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan & minuman sepanjang hari di lokasi dari vendor-vendor seperti Kee Nguyen, Nacholah, Kinori dan The Bao Guys.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai Re-Energize 100% Fitfest, layari laman acara Facebook Energizer. Ikuti Energizer di Facebook untuk kemas kini tentang acara menarik pada masa hadapan.

Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 01, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...