Kempen Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023: “Closing The Care Gap”

Pusat Sumber Kanser Payudara (BCRC), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkolaborasi dengan Kumpulan Sokongan Candy Girls berbesar hati mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023: “Closing TheCare Gap”. Kempen ini telah berlangsung sepanjang bulan Oktober.


Kempen yang dianjurkan setiap tahun ini sememangnya memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pengesanan awal, pendedahan dan sokongan kepada individu yang terkesan disebabkan oleh kanser payudara.

Kanser payudara merupakan kanser utama yang dihidapi di kalangan wanita Malaysia. Penyakit ini membawa impak yang besar terhadap pesakit dan keluarga yang terkesan. Oleh itu, langkah proaktif dan usaha bersama untuk menghadapi penyakit ini amat diperlukan. 

Dengan pengesanan awal, rawatan lebih berkesan dan peluang pemulihan lebih tinggi. Walau bagaimanapun, peluang pesakit B40 untuk mendapatkan rawatan awal adalah lebih rendah disebabkan oleh kos perawatan yang agak mahal dan akhirnya memberikan impak negatif terhadap kadar kemandirian.

Oleh yang demikian, pasukan kami berazam untuk memberi impak yang signifikan sepanjang kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini melalui penganjuran pelbagai acara dan aktiviti yang telah dirancang bagitujuan berkongsi maklumat, menyatakan tanda sokongan dan mengilhamkan inspirasi. Antara aktiviti kami termasuklah:
i) Women’s Health Forum 2023: Acara yang bakal berlangsung sepanjang satu hari pada 21 Oktober 2023 bertempat di Auditorium Menara Selatan, PPUM dengan kerjasama Pink Ribbon Wellness Foundation yang diketuai oleh Datuk Dr. Devananddan Puan Yong Lee Lee. 

Forum ini akan membincangkan pelbagai topik secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek kanser payudara. Antara topik menarik termasuk "Lifestyle Choices for Breast Cancer Prevention”, “Navigating Insurance and Financial Challenges in Breast Cancer Care”, “Update on Surgical Management in Early Breast Cancer” dan beberapa topik lagi yang menarik.

Setiap penyertaan dikenakan yuran pendaftarans ebanyak RM50 dan ianya terhad kepada 250 peserta sahaja. Bagi yang berminat untuk mendaftar, sila layari https://shorturl.at/BCM08.

ii) Pink Gala Dinner 2023: Sebagai pusat sehenti bagipenyakit kanser payudara, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di BCRC terdiri daripada golongan B40. Kebanyakan mereka mempunyai kemampuan kewangan yang terhad untuk membiayai proses diagnosis sehingga terpaksa menangguh rawatan mereka sama ada melalui kaedah Vacuum Assisted Biopsy, MRI Guided Biopsy dan sebagainya. 

Oleh yang demikian, ramai pesakit tersebut tidak berkesempatan untuk menjalani diagnosis awal sehingga menjejaskan peluang mereka untuk sembuh. 

Justeru itu, BCRC bertungkus lumus mengadakan aktiviti pengumpulan dana pada tahun ini melalui penganjuran majlis Pink Gala Dinner 2023 pada 25 November 2023 bertempat di Komune Living & Wellness - LG@The Event Place. 

Selain bertujuan untuk pengumpulan dana, majlis ini juga dianjurkan bagi meraikan dan memberi sokongan kepada pesakit kanser payudara malah bakal menampilkan persembahan nyanyian dan tarian tradisional daripada survivor kanser payudara yang merupakan ahli Kumpulan Sokongan Candy Girls UMMC. 

Tambahan, dengan kerjasama Mrs Asia Worldwide dan Pakar Busana Melayu Tanahair, majlis makan malam amal ini turut akan mengadakan pameran dan peragaan koleksi pakaian kebaya. 

Ini juga merupakan salah satu tanda sokongan kepada usaha Kerajaan dalam mengangkat busana kebaya memperoleh pengiktirafan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. 

Selain itu, kami juga telah menjemput Duta Pink October 2023 iaitu Dato’ Seri Shyleena Faridah Khamis (Pengasas Mrs Asia Worldwide) dan Cik Chiong Pei Pei, Chief Brand Officer daripada Eshoplive Sdn. Bhd. untuk membantu memeriahkan Pink Gala Dinner 2023.


Kami mengalu-alukan semua pihak sama ada orang perseorangan, organisasi mahupun komuniti untukmenyertai kami dalam menjayakan usaha yang dijalankan sepanjang bulan Oktober ini. Berikut adalah cara yang anda menyatakan tanda sokongan ke atas usaha kami:

i) Aktiviti Pengumpulan Dana: Sumbangan anda akan disalurkan kepada penyelidikan utama dan program bantuan pesakit yang menghidapi penyakit ini.

ii) Sebarkan Kesedaran: Berkongsi kempen dan sumber pendidikan kami di dalam hantaran media sosial dalam membantu meningkatkan kesedaran awam.

iii) Libatkan Diri dalam Acara Kami: Sertai pelbagai acara anjuran kami dalam meningkatkan pengetahuan.

iv) Memberi bantuan sokongan kepada survivor kanser: Kenali mereka yang telah berjuang dengan kanser payudara dan hulurkan sokongan anda.


Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen Pink October 2023: “Closing The Care Gap”, sila layari laman sesawang di https://ummc.edu.my.
Kempen Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023: “Closing The Care Gap” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.