MDining Menawarkan Hidangan Thai Cuisine Next Level

Memang ramai yang sukakan hidangan Thai terutamanya tomyam. Bukan sahaja tomyam bahkan terdapat banyak lagi hidangan dari negara jiran kita ini yang memang cukup dikenali dan sebati dengan citarasa pilihan masyarakat Malaysia. Dan kali ini saya dan keluarga telah mencuba hidangan Thai another level di MDining, restoran yang cukup esklusif terletak di Damansara Utama.


Restoran MDining dibuka setiap hari, dan terdapat 2 sesi iaitu 12pm-3pm dan 5.30pm-11pm. Ianya terletak di bahagian tingkat atas (Restoran Cina, di bahagian bawah) dan berdekatan dengan Starling Mall.


Apa yang menarik ke semua hidangan di sini disediakan oleh chef yang pernah berkhidmat di Australia bertahun lamanya. Namun disebabkan beliau cukup sukakan hidangan Thailand, sekembalinya dari Malaysia beliau telah membuka restoran berkonsepkan fine dining yang menawarkan pelbagai sajian Thai dan juga barat. 

Hidangan Thailand Yang Memikat Jiwa
Banyak juga hidangan yang sempat saya dan keluarga cuba. Cara persembahan hidangan memang tampil esklusif (platting memang sangat cantik).



Teddy Bear Thai Milk Tea &  Teddy Bear Thai Green Milk Tea 

Comel. Rasa sayang nak minum. Kiub ais dengan bentuk teddy bear memang menarik perhatian anak-anak kecil. Secomel air sedap juga rasanya. Milk tea dan green tea minuman yang pasti menjadi pilihan jika ke sini.

Butterfly Pea Flower Tea

Rasa seperti air soya. Campuran bunga talang menjadikan warna air ini sangat cantik dan menarik.

Crab Delight Sliders

Ianya adalah mini burger dengan ketam. Ranggup dan cukup berperisa. Roti bun sangat lembut bersama dengan tom yam mayo.

Squid Temptation



Antara hidangan feveret yang pastinya saya akan repeat order jika datang ke sini lagi. Sotong yang cukup berjus dan besar, dibakar dan dinikmati bersama sayuran dan juga bersama smoked Nam Prik Gapi -(hand-made Thai chilli relish blended with Thai shrimp paste)
 
Crimson Duck

Daging itik dibawa khas dari Seberang Perai, direneh bersama kari merah bersama buah laici memberi lebih rasa kemanisan. Saya yang jarang menikmati daging itik turut teruja dengan hidangan ini. Dagingnya sangat lembut.

Grilled Thai Tango

Kari hijau memang cukup sinonim dengan hidangan popular Thailand. Ayam yang digril bersama Kuah kari agak pekat dan cukup rasa. Cuma bagi saya kalau ada rasa percikan pedas lagi terbaik dari segi rasa.

Double Delight Poultry

Hidangan ala ayam percik. Di mana ayam dimasak 2 kali, rebus dan bakar menjadikannya ianya cukup lembut. Ada betik muda didalamnya. Ditambah pula dengan sos percik yang ada rasa pedas masam, manis melengkap rasa sajian ini.

Coastal Catch Tom Yum

Tom yam yang mewah dengan hidupan laut. Memang serius banyak udang dan sotong didalamnya. Memang puas makan. Bayangkan sampai habis nasi sepinggan masih banyak lagi lauk didalamnya.


Ais krim kelapa dan gula melaka. Pencuci mulut pilihan Ameer dan Yara.


Samada datang bersama keluarga, kawan mahupun sendiri, memang puas hati jika kita mencari kelainan dalam masakan Thailand. Rasa autentik tetap ada cuma ada diberikan sedikit fusion dalam bentuk persembahan.


Restoran sangat cantik dan selesa. Banyak port di restoran yang kita boleh bergambar (berOOTD). Disebabkan ianya terletak di deretan kedai jadinya ada parkir juga disediakan.

Media sosial : @mdining

MDining
105M, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400
Petaling Jaya, Selangor


MDining Menawarkan Hidangan Thai Cuisine Next Level Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 05, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.