KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’ BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Sunplay, jenama pelindung matahari yang dipercayai di Malaysia, mengumumkan kejayaan melaksanakan inisiatif CSR tahunan syarikat buat kali ketiga yang bertema ‘We Care for the Ocean 2023’. Menerusi kerjasama dengan Watsons, Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS) dan aktivis tindakan iklim Melissa Tan, impak yang berkesan telah dicapai dalam menangani pencemaran pantai di tujuh buah lokasi di serata Malaysia.
mengumpulkan sebanyak 1,490kg sisa dari tujuh buah pantai di Malaysia. Jumlah ini melebihi sisa yang terkumpul pada tahun lepas yang sebanyak 1,348kg.
Usaha pembersihan dibahagikan kepada beberapa buah lokasi termasuk Pantai Sekendi di Sabak, Selangor, di mana sisa sebanyak 165.9kg telah dikutip; Pantai Sungai Kajang di Tanjong Karang, Selangor, dengan 720.9kg sisa; Pantai Redang di Sekinchan, Selangor, sebanyak 80.3kg sisa; Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat, Selangor, dengan 23kg sisa; Pantai Cunang di Tanjung Sepat, Selangor, mengumpulkan 116kg sisa; Pantai Blue Lagoon di Negeri Sembilan, sebanyak 284.3kg; dan Pantai Morib di Selangor, dengan 99.2kg sisa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen CSR Sunplay “We Care for the Ocean”, sila
layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.
Peluang bekerjasama dengan Watsons, MNS dan Melissa Tan telah meningkatkan capaian
usaha kami dan menjadikan kempen ini benar-benar berjaya. Kami telah dapat mengumpulkan dana sebanyak RM40,000 sepanjang bulan November
kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.
Lim seterusnya berkata,
Kami teruja dengan jumlah sisa yang berjaya dialihkan dari pantai-pantai kita.Kempen pada tahun ini telah disertai oleh seramai 256 orang sukarelawan. Mereka berjaya
mengumpulkan sebanyak 1,490kg sisa dari tujuh buah pantai di Malaysia. Jumlah ini melebihi sisa yang terkumpul pada tahun lepas yang sebanyak 1,348kg.
Kami percaya fokus utama kempen ini menyerlahkan misi persatuan kami yang memberi penekanan terhadap pemuliharaan dan penghargaan terhadap alam sekitar. Kami juga berbesar hati dapat berganding bahu dengan ahli-ahli pasukan di mana usaha ini memberi kami peluang untuk menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar
kata Pengarah Eksekutif MNS, En. I.S. Shanmugaraj.
Kita bukan sahaja perlu meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut tetapi kita juga perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk bertindak. Kita perlu menghentikan pencemaran plastik di peringkat sumber. Pilihan yang kita buat pada setiap hari menyumbang secara langsung kepada masalah pencemaran. Harapan saya adalah untuk setiap beg sisa yang terkumpul akan menggalakkan setiap orang untuk mengurangkan satu beg sisa setiap harikata Melissa Tan, Aktivis Tindakan Iklim dan Kemampanan.
layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.
KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’ BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 03, 2023
Rating:
No comments:
Sharing is caring...