Movie Review : Dunki (Tamil)

Dunki filem hindi lakonan hebat Shah Rukh Khan bagi saya adalah filem terbaik sebagai penutup tirai tahun 2023. Filem bergenre komedi harus ditonton terutamanya peminat lakonan SRK. Naskhah ini turut menampilkan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Taapsee Pannu, Boman Irani, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover dan Dharmendra.


Filem yang berdurasi selama 2 jam 40 minit ini mengangkat kisah isu pendatang haram yang menggunakan laluan keldai (Dunki) bagi merentas sempadan dengan melalui pintu belakang negara lain. Pelbagai rintangan yang perlu mereka hadapi dan ada kalanya boleh membawa kepada kematian.

Rajkumar Hirani selaku pengarah filem Dunki ini sememangnya cukup bijak mengolah jalan cerita yang agak serius kepada lebih santai dan bersahaja dengan menyuntik elemen kemanusiaan, diselang-seli dengan babak kelakar spontan.

Selain pengarah, Rajkumar juga bertindak sebagai penulis skrip bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon.

Sinopis Filem Dunki
Permulaan cerita dengan mengimbau kembali kenangan detik pertemuan Manu dan Hardy 25 tahun lalu yang mana Hardy merupakan seorang askar yang baru pulih dari kecederaan. Hardy telah ke Laltu bagi mencari lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Siapa sangka lelaki  yang dicarinya merupakan abang kepada Manu sudah pun meninggal dunia kerana kemiskinan.


Melihat kepada apa yang berlaku kepada Manu dan keluarganya setelah kematian abangnya, Hardy berjanji untuk membantu Manu dan rakan-rakannya ke London demi mengubah nasib keluarga mereka.

Manu, Buggu (Vikram) dan Balli (Anil) adalah tiga sahabat baik bercita-cita ke London namun mereka sukar mendapatkan visa. Pelbagai mereka lakukan termauklah cuba menipu dengan berkahwin, belajar bahasa Inggeris dan pelbagai lagi.


Biarpun mereka telah berusaha tetapi mereka tetap tidak berjaya dan akhirnya mereka menggunakan laluan Dunki. Garapan kisah Dunki inilah kisah sebenar yang menceritakan realiti kehidupan yang sukar dan cabaran yang perlu dilalui seseorang pendatang asing demi mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang.


Namun tidak semuanya indah seperti yang diharapkan. Bak kata orang, hujan batu di negara orang, hujan emas di negara sendiri, Apatah lagi semakin kita berjauhan dengan orang tersayang, semakin rindu menebal terasa pada tanahair.


Filem yang sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga ini sememangnya sarat dengan pengajaran, jalan cerita tidak mengecewakan dan sangat menghiburkan.
Movie Review : Dunki (Tamil) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 27, 2023 Rating: 5

2 comments:

  1. Dunki Movie Review encapsulates cinematic brilliance. For a comprehensive analysis, rely on professional dissertation writers in UAE. Expert writers provide insightful perspectives, ensuring a well-crafted exploration of Dunki's cinematic nuances. Elevate your critique with their proficiency, offering a balanced and informed perspective on this compelling film.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.