Bufet Ramadan : Sajian Titian Desa di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

Bertemakan "Sajian Titian Desa" merupakan tema bufet ramadan di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur. Terdapat lebih 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa ditawarkan sepanjang buffet ramadhan tahun 2024. 


Suasana berbuka akan dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung yang akan dikendalikan oleh eksekutif chef, Chef Tony Tang yang disertai bersama pasukan kulinari beliau yang berinspirasikan masakan desa ketika zaman kanak-kanak mereka.



Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah tentulah Kambing Golek yang telah mendapat sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif.


Begitu juga dengan Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah antara hidangan yang pastinya mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam berbuka puasa. Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.

 


Para penggemar makanan laut pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran mereka. Makanan laut segar “Seafood on Ice", Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas. 






Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang, aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan dan juga beberapa pilihan lagi untuk menjamu para penggemar manisan.





Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. 


Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.


Disediakan juga tenpat anak-anak kecil bermain dan beraktiviti berdekatan dengan ruang makan berbuka puasa. Ini salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang berbuka puasa.

Sumbangan RM1 Untuk Setiap Pembelian
Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.



Bufet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di restoran Asian Pot dan mula beroperasi pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam. 

Butiran harga adalah seperti berikut:
Dewasa: RM 178.00 bersih
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 128.00 bersih
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM98.00 bersih
Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
Belian berkumpulan: Beli 10, Percuma 1

Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 bersih). 


Jika anda ingin membuat tempahan atau memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, sila hubungi  melalui e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com. Anda juga boleh menghubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16-808 3188.

Pakej Bilik Penginapan Titian Desa Ramadan
Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif  khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga tercinta. Harga pakej bilik adalah bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam. Pakej ini termasuklah:
  • Bufet sarapan sahur
  • Bufet makan malam Sajian Titian Desa
  • Parkir percuma
  • Snek Ramadan dalam bilik
Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa

Tempoh tempahan & penginapan: Sekarang – 5 April 2024
Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dan gunakan kod akses FESTIVE. Jika anda memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, sila hubungi melalui e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com. Anda juga boleh menghubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16 809 5188.
Bufet Ramadan : Sajian Titian Desa di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.