Pelancaran Lagu Wahdinii (Berilah Petunjuk)

Liriknya cukup 'catchy' dan 'straight forward', korang pasti terhibur mendengarkan lagu Wahdinii
( Berilah Petunjuk ) hasil ciptaan penerbit dan komposer tidak asing lagi iaitu Adi Priyo (Adi 6ixth Sense). Lagu ini  dinyanyikan oleh Azmi Saat Caliph Buskers berduet bersama Adi Priyo.


Nama Adi Priyo sememangnya bukanlah asing di dalam dunia seni tanahair. Adi sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.

Ciptaan Lagu Wahdinii Bersempena Dengan Jenama Pakaian
Lagu Wahdinii ini juga berkait dengan jenama pakaian Wahdinii yang cukup terkenal sebagai pengeluar pakaian kurta terbaik dari Johor. Wahdinii merupakan pengeluar baju “muslim wear”yang diusahakan bersama rakan perniagaan Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers dan juga Puan Faridah.


Puan Emma yang pada mulanya mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii dan pada masa yang Puan Faridah juga ingin melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini.

Manakala Adi 6ixthsense dipilih disebabkan kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu.Setelah diperdengarkan memang tidak dinafikan lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti di susunkan seperti irama padang pasir.


Hasil perbincangan semua pihak yang di terajui En Zell Sazalie selaku komunikasi strategik,sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu ini.

Wahdinii mempunyai maksud dalam bahasa Melayu iaitu Berilah Petunjuk ⁠ dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan Petunjuk untuk mencapai kejayaan.Alhamdulillah lagu ini telah dapat di siapkan dan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi & Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii keluaran 2024 ini.

Tentang Koleksi Wahdinii
Wahdinii mengeluarkan baju kurta, baju melayu dan juga jubah lelaki. Harga adalah bermula dari RM148. Apa yang menarik setiap rekaan didatangkan dengan potongan yang tertentu, fabrik yang digunakan juga selesa dan sejuk sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.


Kekemasan pada jahitan dan saiz ditawarkan dari saiz kanak-kanak hingga dewasa 7XL. Berkonsepkan 'simple yet exclusive' setiap pakaian Wahdinii memang cantik terletak di badan.


Untuk koleksi tahun 2024, terdapat 10 warna untuk koleksi teluk belanga, 8 warna untuk koleksi nusantara dan 12 warna untuk baju melayu. Warna-warna yang ditawarkan memang mengikut trend terkini.


Boleh dapatkan koleksi Wahdinii samada dari butik fizikal Wahdinii dari Johor mahupun secara atas talian dari laman web dan media sosial Wahdinii.
Pelancaran Lagu Wahdinii (Berilah Petunjuk) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 23, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.