PERCUMA JER Rancangan Terbaru TV AlHijrah Yang Menawarkan Produk Percuma Kepada Penonton

TV AlHijrah mengambil inisiatif memperkenalkan rancangan terbaru PERCUMA JER dalam usaha bersama-sama meningkatkan ekonomi negara sekaligus membantu mempertengahkan usahawan PKS dalam penjualan dan juga sebagai permulaan kepada 'brand awareness'.


Ini juga sejajar dengan  Pelan Transformasi Al-Falah yang telah diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar. 

Rancangan PERCUMA JER ini bakal satu disiarkan di stesen TV AlHijrah bermula 1 Februari 2024 dan dijadual untuk bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6 hingga 7 petang

Peluang Besar Untuk Usahawan PKS
Dengan fee serendah RM1500, pengusaha PKS boleh menyertai program ini dengan memperkenalkan produk mereka kepada seluruh masyarakat melalui rancangan yang disiar secara lansung di TV AlHijrah. Namun setiap syarikat yang ingin menyertai perlu juga menyediakan minimum 30 produk yang dijual kepada penonton untuk diberikan secara PERCUMA.

Berlandaskan Teras Kesejahteraan Insan, program PERCUMA JER diperkenalkan bagi memperkasa kemampanan ekonomi Islam disamping sebagai kebajikan sosial dan perpaduan ummah. Untuk info, rancangan PERCUMA JER adalah hasil cetusan idea dua organisasi iaitu TV AlHijrah dan Pasak Sdn. Bhd.

Wakil dari Pasak Sdn. Bhd.

Konsep pemasaran produk baharu ini merupakan pertama kali seumpamanya di Malaysia. Di mana akan melibatkan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah pemberian sampel barangan percuma kepada penonton TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata,
Saya percaya, proses pemberian sampel barangan secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak. Secara tidak langsung, etika Islam dalam jual beli dapat dijaga dan dicapai. Dengan itu, kebajikan pelanggan dan pengguna terjamin dalam kontrak jual beli.
 Nadzariah Mohamed, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah

Menerusi PERCUMA JER dapat meyakinkan penonton tentang produk yang ditawarkan dengan mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan dalam aktiviti perekonomian jual beli. Ini kerana penonton berpeluang untuk menerima sampel barangan tersebut dahulu secara percuma dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan tepat untuk proses jual beli selanjutnya.

Cara Dapatkan Barangan Sampel Secara Percuma
Para penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma di dalam rancangan PERCUMA JER hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah, iaitu:
  • Tonton rancangan PERCUMA JER yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam. Pastikan merekayang ingin mendapatkan sampel PERCUMA ini memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store.
  • Penonton perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan sampel yang dikehendaki semasa rancangan berlansung.
  •  Sampel produk yang berjaya didapatkan akan dihantar secara terus melalui syarikat kurier nasional kepada para penonton.
Setiap hari penonton hanya dibenarkan untuk menebus satu barang sahaja.

Jangan Lupa Tonton Rancangan PERCUMA JER
Rancangan PERCUMA JER ini akan dihoskan oleh hos dalaman TV AlHijrah iaitu Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin dan Dewita Susila.


Terdapat lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis seperti barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan IT dan pelbagai lagi barangan sampel lain. Jangan lupa untuk tonton rancangan PERCUMA JER dan ambil peluang untuk dapatkan produk yang menjadi pilihan hati secara PERCUMA.
PERCUMA JER Rancangan Terbaru TV AlHijrah Yang Menawarkan Produk Percuma Kepada Penonton Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 05, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.