Percutian 2 Hari 1 Malam di Mercure Kuala Lumpur Trion Hotel
Tidak perlu bercuti jauh, hanya dekat-dekat sahaja juga dapat memberi kepuasan dalam diri. Paling seronok jika ianya berdekatan dengan kawasan tarikan di bandar Kuala Lumpur seperti menara Merdeka 118, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur Tower dan Petronas Twin Tower. Dan hotel yang boleh saya rekomen tentulah Mercure Kuala Lumpur Trion Hotel.
Hotel ini mempunyai akses mudah ke LRT dan Stesen MRT Chan Sow Lin pada jarak dalam 5km sahaja. Manakala pemanduan juga tidak jauh untuk ke TRX, KLCC, Bukit Bintang dan Mid Valley Megamall.
Untuk info, hotel ini baru sahaja dibuka pada akhir tahun 2023, fasiliti semuanya masih baru dan cantik. Persekitaran di dalam dan di luar hotel memang sangat bersih. Hotel ini juga berdekatan dengan kemudahan seperti kedai serbaneka, farmasi dan pelbagai lagi.
Hotel ini mempunyai akses mudah ke LRT dan Stesen MRT Chan Sow Lin pada jarak dalam 5km sahaja. Manakala pemanduan juga tidak jauh untuk ke TRX, KLCC, Bukit Bintang dan Mid Valley Megamall.
Menawarkan 228 bilik tetamu dan suite yang terletak dari tingkat 38 ke atas, tetamu boleh menikmati pemandangan latar langit ikonik Kuala Lumpur yang cukup menakjubkan.
Di ruang lobi juga sangat cantik dan selesa. Rekaan inspirasi daripada Wau Bulan, sejenis wau tradisional yang menyerupai bulan sabit dengan bermotifkan batik bunga, Dengan mempamerkan warisan budaya Malaysia yang cukup astetik dan indah menjadikan salah satu tarikan untuk tetamu datang menginap di sini.
Suite - 1 king bed
Bilik agak luas dan selesa. Terdapat ruamg tamu, 2 bilik air dengan salah satunya mempunyai bath tub. Fasiliti asas seperti sterika, peti keselamatan, televisyen, sabun mandi dan pelbagai lagi memang ada disediakan.
Restoran Mirror
Agak luas juga restoran ini. Dekorasi didalam restoran memang simple tapi tetap menarik. Restoran ini menawarkan breakfast buffet pada sebelah pagi dan untuk makan tengahari serta malam, tetamu boleh pesan hidangan secara ala carte.
Susunan kerusi dan meja juga sangat kemas memudahkan pergerakan tetamu untuk berulang-alik mengambil makanan terutamanya ketika buffet breakfast.
Antara hidangan makan malam yang kami order seperti :-
Kue Teow Goreng
Spaghetti Carbonara
Spaghetti Bolognese
Minuman air buah (fresh juice)
Untuk buffet breakfast terdapat juga banyak pilihan hidangam dari masakan lokal hinggalah antarabangsa. Apa yang pasti semuanya sedap kena dengan citarasa masyarakat Malaysia.
Lain-lain Fasiliti
Fasiliti hotel seperti kolam mandi dan gymnasium terletak di tingkat paling atas. Sambil kita rehatkan diri bolehlah kita menikmati pemandangan yang indah bandar Kuala LumpurGymnasium yang menyediakan alatan asas beriadah.
Walaupun percutian singkat kami tetap berpuas hati. Sekali-sekala kita perlu juga lari dari kesibukan kerja. Biarpun tidak jauh mana hanya di bandar Kuala Lumpur sahaja, namun fasiliti yang disediakan semua terbaik, bersih, kemas dan dapat membuatkan tetamu yang datang menginap rasa gembira serta selesa.
Untuk tempahan boleh klik pada pautan ini :-
Percutian 2 Hari 1 Malam di Mercure Kuala Lumpur Trion Hotel
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 30, 2024
Rating:
Menarik betul hotel ni. Okay nanti boleh bawa family stay kt sini kalau diorang datang KL nanti. :)
ReplyDelete