BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024.

Koleksi istimewa Bahari Asyek (BA) dipersembahkan dalam  peragaan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024.  Apa yang pasti koleksi raya tahun ini masih mengekalkan Busana Tradisional Melayu. Sangat cantik dari segi rekaan dan potongan pakaian.


Sememangnya bangsa melayu penuh dengan nilai tradisi ketimuran bersama santun dan adab yang tinggi. Begitulah juga dengan busana melayu yang punyai ciri ciri yang menutup serta membentuk tingkah dan gerak yang sopan. Justeru imej Klasik Tradisional berteraskan warisan bangsa inilah yang Bahari Asyek mahu tampilkan.




Berikut adalah 17 rekaan busana yang diketengahkan untuk Bisikan Syawal Bahari Asyek.

Berikut adalah senarai 17 nama busananya:
1. KURUNG PAHANG TENUN JALUR
2. KURUNG RIAU 2 BROKED
3. KEBAYA EMPAT DARA
4. KURUNG RIAU 1 SULAMAN
5. KURUNG PAHANG BROKED
6. KEBAYA PAHANG CERMAI
7. KURUNG DANDEA
8. KEBAYA GRONLOH
9. KEBAYA WMALINI
10. KURUNG KUNO
11. KEBAYA RIAU
12. KURUNG KAYANGAN
13. KURUNG KUNO POLOS
14. KEBAYA CIK SITI WAN KEMBANG 2 LUREX
15. KURUNG RIAU 1 PREMIUM BROKED
16. KEBAYA NIK ESAH
17. KEBAYA CIK SITI WAN KEMBANG JACQUARD LIMAR BERSONGKET



Boleh dapatkan koleksi syawal Bahari Asyek di butik Shah Alamı.

BAHARI ASYEK
R- 02-13, Emira Residence
Jln Akuatik A 13 / 64 A
Seksyen 13, 40100,
Shah Alam, Selangor.
TEL: +603- 5037 6760
W/A : 010- 233 4310

BA turut menjalankan kaedah perniagaan ‘On Line’  bagi untuk mendekati dan turut sama dipersada dunia ‘On Line’.  Boleh layari  laman web https://bahariasyek.storehub.me  ataupun di  IG bahariasyekofficial.

Promosi / Jualan khusus busana ‘on line’ mampu milik
  • Pomosi / jualan busana koleksi pilihan BA ini adalah mengkhususkan untuk pelanggan yang berada diluar daerah serta serata negeri, terutamanya di Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura.
  • Promosi/ jualan khusus busana ‘on line’ mampu milik ini adalah menyasarkan pelanggan serta penggemar yang mencari busana yang berada dalam harga mampu milik.
“Burung merpati kepak bersilang
Turun ke bendang memakan padi
Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan di dalam hati..”
“Simpan di peti takutkan hilang
Baik disimpan di dalam hati
Simpan di hati perlakuan terbilang
Baik peragakan barang sekali..”
BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024. Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 12, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.