Bufet Ramadan : Glenmarie Hotel & Golf Resort Bertemakan Selera Kampung
Jom kita raikan sepanjang bulan ramadan ini dengan berbuka puasa bersama hidangan tradisi dan terkini di Glenmarie Hotel & Golf Resort, bermula dari 12 Mac hingga 7 April 2024. Untuk tahun ini Glenmarie Hotel & Golf Resort memperkenalkan bufet ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Bufet ramadan diadakan di Restoran Layang-layang Glenmarie Hotel & Golf Resort yang baru sahaja diubah suai. Restoran yang tampil dengan dekorasi esklusif ini menawarkan bufet ramadan dari jam 7 malam-10 malam.
Menu yang ditawarkan akan bertukar setiap hari dengan terdapat lebih 188 hidangan, bersama-sama dengan stesen memasak secara langsung. Antara hidangan menarik yang perlu dirasai seperti BBQ Whole Lamb with Biryani, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tok, Sotong Sumbat Masak Lemak, Ayam Panggang Percik Kelantan, grilled seafood dan pelbagai kuih muih tradisi.
Harga Bufet
RM138++ dewasa
RM80++ 4 dan 12 tahun
Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun makan secara percuma.
Early Bird sebelum 12 Mac 2024 akan menikmati bufet hanya RM110++. Baucar bufet untuk kanak-kanak berumur antara adalah manakala
Tempat letak kenderaan adalah percuma dan surau disediakan untuk tetamu Muslim. Untuk tempahan, sila hubungi +60123999092, +60378025200, atau e-mel ramadan@glenmarie.com.my.
Bufet Ramadan : Glenmarie Hotel & Golf Resort Bertemakan Selera Kampung
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 27, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...