Bufet Ramadan : Hotel Armada PJ Bertemakan Kemilau Ramadan

Bertemakan Kemilau Ramadan, bufet ramadan di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya tahun ini menawarkan lebih 100 sajian menarik yang cukup memikat selera. Bufet ramadan bermula dari 12 Mac hingga 9 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.


Ruang makan bufet boleh memuatkan sehingga 300 orang pada satu-satu masa. Memang agak luas dan selesa. Kepelbagaian hidangan ditawarkan pastinya dapat memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat. Ada hidangan tradisi seperi siput masak lemak cili padi, kari kepala ikan, itik salai masak lemak rendang tok, kambing kuzi dan pelbagai lagi.

Hidangan tradisi

Sushi

Roti canai, pasta dan gorengan (pisang goreng dan lain-lain)

Kerabu

Lasagna

Terdapat juga hidangan hidupan laut segar (seafood) seperti scallop, oyster, udang dan pelbagai lagi. Ada juga sushi, kerabu, laksa thai serta kuih-muih tradisi, dodol, pengat pisang, bubur lambuk, rojak dan roti canai durian.





Ada kambing golek, ikan bakar, masakan gorengan dan sate yang dibakar panas-panas di bahagian luar restoran. Untuk kambing bakar memang sedap dan sangat direkomen untuk dicuba.


Terdapat juga minuman pnas dan sejuk. Ada kepelabagaian minuman yang menarik boleh dipilih.



Makanan tradisi seperti kari kepala ikan, rendang, masak lemak ada yang dihidangkan didalam kuali kawah. Kebiasaannya menu tradisi yang autentik akan dihidangkan dalam kuali ini sebagai tarikan pengunjung yang hadir. 


Harga Bufet
RM158nett - Dewasa
 RM79nett - Kanak-kanak 
RM128nett - Pembelian awal (early bird

Chef dedikasi dari Hotel Armada PJ

Promosi Penginapan Sepanjang Ramadan
Sepanjang bulan ramadan Hotel Armada PJ turut menawarkan pakej Penginapan Istimewa Ramadan bermula dari 12 Mac hingga 11 April 2024. Harga yang ditawarkan seperti RM370nett, pakej ini termasuklah Bufet Sahur & Berbuka Puasa untuk seorang. Manakala bilik double boleh ditempah dengan harga RM520nett yang mana pakejnya termasuklah bufet Sahur & Berbuka Puasa untuk dua orang.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: Restoran Utara (Bufet Ramadhan) di talian (03) 7954 6888 samb.4557.  Bagi tempahan penginapan iftar boleh hubungi Hotel Armada PJ (03) 7954 6888 atau e-mel armada@armada.com.my
Bufet Ramadan : Hotel Armada PJ Bertemakan Kemilau Ramadan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 23, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.