Bufet Ramadan : I’Dahlia Corner Bertemakan Iftar Di Taman Dahlia
Menyusuri bandar Kuala Lumpur di kawasan tiga emas jangan lupa untuk singgah I’Dahlia Corner yang terletak di Persiaran Stonor KL. I’Dahlia Corner yang terletak di dalam kawasan kejiranan KLCC tahun ini menawarkan bufet ramadan bertemakan *IFTAR DI TAMAN DAHLIA". Apa yang lebih menarik dengan harga RM59 sahaja pelanggan boleh menikmati lebih 30 juadah lauk pauk tradisi.
Berkonsepkan dalam taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa seolah-olah berada di dalam taman kerana dewan makan I’Dahlia bakal dihiasi dengan bunga-bunga yang indah. Pengunjung bakal dihiburkan oleh persembahan dari *buskers* yang akan mengalunkan lagu-lagu evergereen semestinya.
Kemudahan parkir ada disediakan dan juga ruang solat untuk lelaki dan perempuan.
Bufet ramadan di I'Dahlia Corner akan berlansung sepanjang bulan Ramadan bermula dari 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024
Untuk info, I’Dahlia Corner cukup dikenali dengan keenakan masakan tradisional Melayu, dengan rasa seumpama masakan ibu di rumah sendiri. Antara hidangan yang boleh dirasai di sini seperti sup daging Dahlia meletop, tomyam, masak lemak cili api siput sedut, Ikan bakar bersambal, asam pedas ikan pari, Sambal udang petai, Ikan keli berlado, kari ayam dan pelbagai lagi.
Selain kuih-muih terdapat juga buahan sebagai pencuci mulut serta minuman panas seperti teh tarik dan kopi O. Begitu juga minuman sehuj ada juga - free flow! Jenis masakan akan sentiasa bertukar bagi memberi peluang kepada pelanggan merasai lauk-pauk yang berlainan setiap hari.
Selain bufet terdapat juga menu yang kita boleh order secara ala carte. Contohnya speerti lempeng (yang dimasak secara panas-panas), chicken chop dan sebagainya. Begitu juga minuman kita boleh juga order secara ala-cate. Semua makanan dan minuman akan dicaj dengan harga berlainan.
Berkonsepkan dalam taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa seolah-olah berada di dalam taman kerana dewan makan I’Dahlia bakal dihiasi dengan bunga-bunga yang indah. Pengunjung bakal dihiburkan oleh persembahan dari *buskers* yang akan mengalunkan lagu-lagu evergereen semestinya.
Kemudahan parkir ada disediakan dan juga ruang solat untuk lelaki dan perempuan.
RM59.00 (Dewasa dan Warga Emas)
RM39 (Kanak-Kanak)
Boleh juga ikuti Instagram dan Facebook I’Dahlia untuk info lanjut.
Bufet Ramadan : I’Dahlia Corner Bertemakan Iftar Di Taman Dahlia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 19, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...