Bufet Ramadan : Sajian Klasik Di Hotel Royal Kuala Lumpur

Tema bufet ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur pada tahun 2024 adalah "Citarasa Klasik" yang menawarkan pelbagai hidangan autentik melayu lama.
 

Penyediaan bufet ramadan diketuai oleh Chef eksekutif hotel Mohd Hafif Mohd Saleh bersama briged dapurnya yang akan menyediakan hidangan istimewa untuk para tetamu.




Menampilkan pelbagai pilihan hidangan tradisi yang digemari masyarakat di Malaysia, antaranya seperti Nasi Biryani, Kambing Kuzi dan Asam Laksa. 



Pelbagai pilihan Kerabu yang cukup menyelerakan seperti Kerabu Mangga Muda, Kerabu Daging dan Kerabu Ayam.


Manakala  penggemar pencuci mulut, jangan lupa untuk menikmati pelbagai jenis manisan, antaranya seperti Cendol Agar-Agar, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan banyak lagi pilihan lain. 



Mee Goreng panas-panas, kambing golek, roti canai antara yang menjadi tarikan di gerai masakan panas secara LIVE.








Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dalam bufet ramadan. Hidangan yang saya memang rekomen antaranya seperti Ekor Sapi Masak Asam Pedas, Masak Lemak Ayam bersama Rebung dan Patin Masak Tempoyak. 



Sepanjang bulan ramadan juga, tetamu hotel akan dihiburkan dengan persembahan artis jemputan khas
iaitu Kelly Azman dan juga Ani Maiyuni. 


Bufet Ramadan "Citarasa Klasik" boleh didapati di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezzanine Hotel Royal Kuala Lumpur dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.


Harga per pax adalah RM108.00 bersih untuk dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak. Untuk tempahan berkumpulan 10 pax, 1 pax percuma akan diberikan (maksimum 3 pax percuma sahaja).


Manakala untuk earli bird (sehingga 5 Mac) harga yang ditawarkan hanyalah RM88 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapps ke nombor talian +60 16-520 0579 atau klik link ini: https://api.whatsapp.com/send?phone=60165200579 / 



Bufet Ramadan : Sajian Klasik Di Hotel Royal Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 05, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.