Food Network di Summit USJ Kini Telah Dibuka
Pencinta makanan pasti teruja dengan pembukaan Food Network di Summit USJ. Terdapat dalan 12 vendor (kiosk) yang menawarkan pelbagai hidangan yang cukup menarik gastronomi masyarakat tempatan.
Kafe paling berdekatan dengan pintu masuk adalah The Great Hall Theme Cafe yang ada menawarkan burger, pasta dan minuman yang turut didatangkan di dalam set.
Teringin menikmati makanan Jepun bolehlah singgah Chef Tokio. Ada pelbagai menu Jepun yang cukup menarik boleh dicuba. Antata yang istimewa adalah kari wagyu.
Antara lain hidangan kegemaran masyrakat tempatan seperti Cik Cha Nasi Lemak, Selera Padang, Suzzling Thai, Mee Sotong Hj Tamin dan juga Nasi Ayam Makchick yang ikonik.
Antara lain hidangan kegemaran masyrakat tempatan seperti Cik Cha Nasi Lemak, Selera Padang, Suzzling Thai, Mee Sotong Hj Tamin dan juga Nasi Ayam Makchick yang ikonik.
Selain itu terdapat juga Galeri Great Hall yang menawarkan pelbagai figurin . Galeri ini juga menjadi salah satu tarikan peminat figurin untuk dapatkan figurin kegemaran mereka untuk dijadikan koleksi.
Jangan lupa untuk singgah Food Network di Summit USJ, ada pelbagai hidangan hebat menanti!
Food Network di Summit USJ Kini Telah Dibuka
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 25, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...