Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Tahun 2024

Kasut Jenama Pallas Tetap menjadi Pilihan Untuk Tahun 2024 -Persekolahan 2024 akan bermula tidak lama lagi. Sebagai ibubapa pastinya kita akan teruja dalam membuat persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Kelengkapan ke sekolah yang perlu disediakan termasuklah buku, pakaian dan kasut sekolah.


Seperti tahun sebelum ini, saya dan anak-anak tetap memilih kasut jenama Pallas untuk kegunaan ke sekolah.Ini kerana memang kami sangat berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan. Antara faktor yang menyebabkan kami setia dengan jenama Pallas adalah seperti berikut :-
  • Tahan lasak
  • Selesa dipakai sepanjang hari
  • Rekaan yang cantik
  • Harga yang berpatutan
Serius! Memang puas hati bayangkan anak saya tak perlu kerap ganti kasut dalam tempoh satu tahun persekolahan. Kasutsekolahn Pallas memang sangat tahan lasak. Rekaan kasut sekolah Pallas juga selain daripada ciri keselesaan diberi keutamaan, rekaanya juga cantik dan sesuai digayakan samada memakai uniform sekolah mahupun pakaian sukan.

Dan saya telah memilih 3 kasut ini pada anak-anak saya, iaitu:-
Amani - PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 202/205/307-0216 BLACK
Ameer - PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 205-0200 BLACK
Yara - PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 204-031 BLACK 

PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 202/205/307-0216 BLACK

Amani memilih kasut jenama Pallas dengan single velcro strap.  Amani memang sangat suka kasut yang cukup parktikal dan mudah memakainya. Rekaan atas kasut menggabungkan mesh dan PVC, memang sangat mudah jaga dan cuci.


Apa yang menarik kasut ini sangat ringgan dengan adanya  ciri superlight tambahan "X-Light. Apatah lagi dengan sistem pengudaraan yang baik menjadikan kaki lebih selesa biarpun dipakai untuk tempoh yang lama. Lapisan busa dan kolar telah dipertingkatkan bagi memberi lebih perlindungan dan keselesaan.


Dengan insole "Arch Support" dapat mengurangkan ketegangan pada otot kaki. Bahkan insole berkusyen "Better Rebound" boleh mengurangkan tekanan pada kaki dengan penyerapan kejutan semula jadi


Pilihan yang tepat untuk Amani memandangkan rekaan kasut ini memang mudah dijaga dan dibersihkan. Senang kering juga jika dibasuh dan tidak mengambil masa yang lama untuk proses pengeringan.


Tapak kasut yang tebal dan kukuh. Sesuai untuk anak remaja seperti Amani yang sememangnya aktif di sekolah

PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 205-0200 BLACK


Rekaannya didatangkan dengan single velcro strap memang sesuai untuk Ameer yang lasak. Kasut sekolah ini juga cukup ringgan dengan adanya sokongan tambahan "X-Light". Rekaan di bahagian atas dihasilkan daripada mesh digabungkan yang dengan PVC



Rekaan bahagian dalaman sangat unik. Ini kerana ianya dapat menyejukkan kaki dengan sistem pengudaraan yang direka khas. Kusyen tumit setebal 9mm  sekaligus dapat memaksimumkan penyerapan hentakan dan dengan cekap menyebarkan tekanan pada tumit dalam masa yang lama



Manakala kusyen insole direka khas dengan "Arch Support" yang dapat melegakan ketegangan pada otot kaki


Bahagian tapak kasut yang menawarkan cengkaman yang lebih kuat dan boleh elakkan dari mudah jatuh jika berjalan di pemukaan yang licin.

PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 204-031 BLACK


Tahun 2024 Yara akan bersekolah didalam darjah 1. Saya memang memilih kasut yang simple dan kemas rekaannya. Memandangkan Yara baru berusia 7 tahun jadinya saya telah memlilih kasut dengan tali Velcro yang mempunyai logo Jazz khas.


Di bahagian atas adalah kanvas yang pemakaian boleh tahan lama. Selain itu, kanvas juga boleh memberi pengudaraan yang sangat baik dan keselesaan tambahan



Insole getah memberi sokongan keselesaan yang hebat, Manakala tapak kasut di bahagian luar menggunakan getah sekaligus dapat memberi cengkaman yang sangat baik

Jadinya korang dah dapatkan atau rancang beli kasut sekolah dari jenama apa? Jika tanya pada saya memang akan rekomenkan korang untuk dapatkan dari jenama Pallas. Puas hati dari segi kualiti, selesa dipakai sepanjang hari.

Jom Sertai Peraduan
Sepertimana tahun sebelum ini, Pallas ada menawarkan Peraduan Back To School. Dan korang boleh memenangi hadiah wang tunai  RM3000! Sambil beli kasut sekolah, boleh sertai peraduan. Mana tahu ada rezeki memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.

Untuk pembelian dan keterangan lanjut boleh layari http://www.wow2wee.com/ 



Kasut Jenama Pallas Tetap Menjadi Pilihan Untuk Tahun 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 20, 2024 Rating: 5

6 comments:

  1. Kasut turun temurun ni kak. Memang jenama dipercayai oleh ibu bapa sebab kita dah pakai sejak berpuluh tahun dulu. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Wah! saya dulu pun pakai jenama pallas ni, memang berkualiti dan tahan lama. sekarang dah macam2 inovasi untuk kasut pallas ni :)

    ReplyDelete
  3. Kasut pallas memang selesa untuk anak-anak. Malique tahun ni pakai kasut Fateh tu je sebab elok lagi.haha

    ReplyDelete
  4. Kasut ni memang legend Kak Ayu. Dah jadi pilihan utama ramai ibu bapa sejak zaman dulu. Sekarang ni, nampaknya ada banyak pembaharuan untuk kasut Pallas, kan? Memang best tengok perkembangan dia. Anak-anak pun selesa pakai kasut Pallas, tak hairanlah ramai suka.

    ReplyDelete
  5. Yeay!!! Palas shoes are very high quality. Good for school kids. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  6. Bagu kasut sekolah jenama ni, sangat selesa. Time i sekolah pun pakai jenama ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.