Bufet Ramadan : Di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong

Bufet Ramadan 2024 cukup meriah di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong Dengan 80 jenis hidangan menarik bersama 12 Gerai Live Cooking. Ini merupakan penganjuran bufet ramadan kali ketujuh dari Lugar De La Boda yang menawarkan pelbagai sajian yang dapat memnuhi citarasa pengunjung tidak kira bangsa dan usia.

Ini merupakan julung pertama kalinya Lugar De La Boda bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru iaitu di Dewan MSBJ Puchong Utama7. Jaraknya hanyalah 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. 


Lugar De La Boda memiliki pelngalaman lebih 20 tahun di dalam bidang katering. Sehingga kini kualiti masakan yang ditawarkan tidak pernah mengecewakan. Bahkan bufet ramadan yang ditawarkan pada harga bawah RM90 di Selangor ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggannya yang setia. Tarikan utamanya tentulah lamb gril (unlimited).


Bufet ramadan Lugar De La Boda akan bermula dari 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.

Menikmati hidangan bufet didalam dewan berhawa dingin yang cukup luas dan selesa yang mana untuk satu-satu masa boleh memuatkan sehingga 600 pax.


Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.


Terdapat 12 gerai makanan dan 'live cooking' yang wajib dicuba iaitu:-
  • Lamb grill live - menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'
  • Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde-onde
  • Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup
  • Stall Aiskrim

Terdapat juga Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Tidak dilupakan pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan enak yang pastinya memenuhi citarasa semua.

Harga Buffet
Untuk harga early bird (sah laku hanya untuk pembayaran melalui atas talian/online sahaja):
Dewasa - RM85 (per pax)
Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM49  (per pax)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (per pax)

Harga buffet (biasa):
Dewasa - RM95 (per pax)
Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM59  (per pax)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59 (per pax)

Special Price : 10 Pax ditawarkan harga RM 75 (per pax) = RM750


* Percuma kepada pelangganyang hari lahirnya pada hari tersebut. Namun pelanggan perlulah menunjukkan kad pengenalan ketika pendaftaran bagi tujuan verifikasi. 

Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini : https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi

Zuraini - 0163111074
Liana - 016-4318434
Shaidatul - 0166700473
Kak Lin – 017-2345297

Website :www.hananagroup.com
tiktok : https://www.tiktok.com/@hananastation

Jom berbukan puasa di dewan  MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong. (Waze : Dewan MSBJ PU7)

#buffetramadhan #iftarramadhan #bukapuasa #ramadhan #buffetramadhan #buffetramadhan2024 #buffetlugardelaboda #ramadhantiba #buffetramadan #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanhanana #iftarramadhan #iftar #ramadhanditiktokshopping #ramadhantiba
Bufet Ramadan : Di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 12, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.