Bufet Ramadan : Zai Sri Gemilang Bertemakan Citarasa Timur Tengah

Syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilangkembali pada bulan ramadan ini dengan menawarkan pelbagai hidangan menarik sepanjang ‘Bufet 25 Malam’ bertemakan Citarasa Timur Tengah. Bufet ramadan ditawarkan bermula dari 14 Mac hingga 7 April 2024.


Untuk tahun ini bufet ramadan akan diadakan di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.  Dewan yang cukup luas dapat menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa.


Turut disediakan kemudahan/fasiliti termasuklah kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, 


‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal pada setiap hujung minggu. Antara artis tersebut adalah Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team. Ini sekaligus dapat memberi peluang pengunjung yang datang berhibir sambil menikmati juadah berbuka puasa.



Terdapat lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature yang wajib
dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah.


Bukan itu sahaja Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.








Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, ais krim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.




Sememangnya penyediaaan sajian berkualiti yang lazat
dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali. Ini adalah bagi mengekalkan reputasi nama katerer Zai Sri Genilang yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.


Bufet Ramadan
Dewasa - RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad)
Kanak - kanak (7-12 tahun) dan warga emas - RM68

Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98

Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal
(Isnin-Jumaat).


Tawaran pembelian awal terbuka sehingga 13 Mac 2024 dan bilangan baucar adalah terhad.

Manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas.

Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 
019-228 4349
013-287 4349
012-316 1164/
012-731 6929

Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang informasi lanjut dan terkini mengenai Zai Sri Gemilang.
Bufet Ramadan : Zai Sri Gemilang Bertemakan Citarasa Timur Tengah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 04, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.