Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK)
Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) yang mengemparkan Selatan Semenanjung tahun lepas kini kembali dengan barisan artis baru yang telah menoreh sejarah dan menakluk belantika muzik Nusantara.
CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.
Selain itu, Afgan akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk ‘mencairkan’ pengunjung-pengunjung dengan lagu hit-nya seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.
Dan mewakili kebanggaan seluruh Bangsa Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.
“Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket,” ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.
Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.
Untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti ‘menunaikan kewajipan’ kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.
“Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0,” ujar Ajai, mewakili Exists.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING)
RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING)
RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING)
RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS)
Tikey boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my
Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!
Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 06, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...