Jom Berbuka Puasa Di Restoran Padangs On Wheels Shah Alam
Rindukan nasi padang di bulan ramadan? Bolehlah singgah ke Restoran Padangs On Wheels. Untuk info Restoran Padang On Wheels sememangnya cukup dikenali sebagai restoran yang menawarkan pelbagai jenis masakan dari Padang Indonesia.
Terdapat 4 cawangan Restoran Padangs On Wheels iaitu di Seksyen 13 Shah Alam, Subang Bistari, Damansara Utama dan Kuala Lumpur.
Memandangkan saya tinggal di Shah Alam, maka bila bulan ramadan pastinya Restoran Padangs On Wheels Shah Alam yang akan saya terjah bersama keluarga. Saya memang cukup sukakan dekorasi di dalam Restoran Padangs On Wheels. Dengan sentuhan elemen moden dengan pepohon kehijauan.
Untuk tahun 2024, Restoran Padangs On Wheels ada menawarkan bufet ramadan dan juga ala carte. Terdapat lebih 40 jenis hidangan yang boleh dipilih. Memang rambang mata,
Lebih menarik semua hidangan adalah lauk pauk autentik daripada negara Padang Indonesia.
Antara menu yang memang saya rekomen untuk dicuba adalah seperti Ayam Kalio, Daging Dengdeng, Paru Goreng, Bergedil, Kentang Berlado Nipis, Gulai Pucuk Ubi, Rendang Daging, Sambal Hijau dan Sambal Merah.
Bergedil
Daging dendeng
Ayam Kalio
Gulai Pucik Ubi
Paru goreng
Kentang nipis beelado
Rendang Daging
Sambal hijau dan merah
Untuk manisan dan minuman saya memilih Es Teller Special dan minuman Alpukat serta Tembikai Laici.
Alpukat dan Tembikai Laici
Es Teller Special
Nak makan nasi padang, jom datang ke Restoran Padangs On Wheels .
Padangs On Wheels Shah Alam,
🏠 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Untuk Penghantaran : https://padangsonwheels.oddle.me/en_MY/
Waktu Operasi : Selasa - Ahad 730am-700pm
Jom Berbuka Puasa Di Restoran Padangs On Wheels Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 07, 2024
Rating:
No comments:
Sharing is caring...