Pelbagai Program Menarik di TV AlHijrah Sepanjang Bulan Ramadan
Kehadiran pelbagai rancangan yang dapat memberi manfaat dari stesen TV AlHijrah nenjelang bulan Ramadan sememangnya sangat dinantikan oleh semua masyarakat Malaysia.
Bertemakan “Ramadan Mentadabbur Keindahan”, sepanjang bulan ramadan ini TV AlHijrah telah menyusun program-program yang dapat mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah dan hikmah.
Usaha murni ini bagi mengajak masyarakat untuk memanfaatkan Ramadan sebagai bulan yang berkat untuk mentadabbur keindahan yang Allah ganjarkan kepada para hambaNya yang berpegang kepada ajaran al-Quran.
Turut hadri sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar.
Jelasnya lagi, para penonton juga harus cakna dan mengambil tahu isu-isu kemanusiaan serta kasih sayang dalam usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam kehidupan.
Untuk Ramadan 2024 TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton. Ianya akan bermula dari jam 4 pagi dan berahir pada 3 padi. Pecahan kepada 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan tajaan aplikasi Digital Khair oleh Qudwah Technology, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.
Drama Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, jam 6 petang. Selain itu, dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama.
Untuk info, filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Di majlis yang sama Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar turut menandatangani salah satu gerabak keretapi ETS yang terlakar nama stesen TV AlHijrah. Ini juga antara projek koloborasi diantara stesen TV AlHijrah bersama ETS yang telahpun bermula sejak Disember 2023.
Satu majlis Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah telah diadakan di Stesen KTMB Kuala Lumpur yang telah dihadiri Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Turut hadri sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar.
Dalam ucaptama Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar. turut menyeru kepada semua pihak khususnya para penonton untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar terus dikurniakan nikmat iman dan Islam serta dijauhkan dari sifat kesombongan diri.
Jelasnya lagi, para penonton juga harus cakna dan mengambil tahu isu-isu kemanusiaan serta kasih sayang dalam usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam kehidupan.
Peranan TV AlHijrah sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.
Adalah menjadi hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI.Bulan Ramadan adalah bulan yang pastinya mencatatkan peningkatan jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah. Pada Ramadan 2023 yang lalu, jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah adalah sebanyak 6.4 juta tontonan. Bagi tahun ini, sasaran peningkatan tontonan meningkat sebanyak 10peratus, melonjak kepada 7 juta tontonan sepanjang Ramadan.
Untuk Ramadan 2024 TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton. Ianya akan bermula dari jam 4 pagi dan berahir pada 3 padi. Pecahan kepada 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan tajaan aplikasi Digital Khair oleh Qudwah Technology, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.
Sebanyak 308.5 jam diperuntukkan untuk menayangkan kesemua rancangan-rancangan ini dengan peningkatan 17.8 peratus jam siaran berbanding tahun lalu.Buat pertama kalinya, TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al-Syafie.
Drama Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, jam 6 petang. Selain itu, dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama.
Untuk info, filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Kita mahu mendekati penonton-penonton baharu dengan segmen filem dan drama. Program agama tidaklah terhad kepada kuliah, forum dan tazkirah semata-mata. Filem dan drama juga adalah salah satu bentuk wahana dakwah yang berkesan apabila diolah dengan baik. Ini adalah sebahagian perjuangan TV AlHijrah dalam nuansa dakwah penyiaranDalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, PTV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran, bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi. Rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.
Pelbagai Program Menarik di TV AlHijrah Sepanjang Bulan Ramadan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 09, 2024
Rating:
Tahniah TV Alhijrah untuk program-program menarik ini, in shaa Allah dengan program-program menarik ni dapat tingkatkan lagi sokongan orang ramai untuk beribadat dan dapat mendekatkan diri dengan agama :)
ReplyDelete
ReplyDeletePengisian TV AlHijrah untuk Ramadan kali ni memang hebat! Bermula dengan cerita bersejarah hingga drama yang menghiburkan, semuanya ada! Pasti ada sesuatu yang menarik untuk ditonton sepanjang bulan Ramadan. Korang, jangan lepaskan peluang untuk mengisi suasana Ramadan bersama TV AlHijrah! Jom tonton.
Terbaik strategi marketing Al-Hijrah kali ni menggunakan ETS and moga makin ramai dapat manfaat daripada semua program yang ada
ReplyDeleteMasa bulan Ramadan ni rancangan televisyen perlu ada pengisian. Supaya boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Anak-anak berlatih puasa mudah sikit kalau ada cerita menarik.
ReplyDeleteRamadan is a good time to binge-watch Islamic and spiritual programs. Thank you for sharing this information with me. Hope you're having a good holy month.
ReplyDeleteBagus program spiritual macam ni time Ramadan dan perkongsian informasi
ReplyDelete