#GumHealthFirst - Utamakan Kesihatan Gusi anda dengan Systema!

Kepada kebanyakan orang, set gigi putih dan cantik bak mutiara adalah penanda kesihatan mulut yang baik. Bagaimanapun, Systema, pakar kesihatan gusi terkenal dari Jepun, menekankan bahawa gusi yang sihat adalah sama penting dan asas kesihatan mulut seseorang. Systema berbesar hati melancarkan kempen #GumHealthFirst untuk membantu menangani isu penyakit gusi yang berleluasa di Malaysia, dan komited untuk mengekalkan dan mengembangkan inisiatif ini dengan visi jangka panjang untuk memberi impak yang berkekalan terhadap kesihatan mulut di Malaysia.


Meneruskan kerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

Dr. Noormi Binti Othman, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa kelaziman penyakit gusi di Malaysia adalah serius, dan menjelaskan kesan ketaranya terhadap landskap kesihatan mulut negara. 


“94.5% orang dewasa Malaysia mengalami gusi yang tidak sihat. Apa yang mengejutkan, isu ini lebih berleluasa dalam kalangan orang dewasa berumur 35 hingga 44 tahun, dengan seramai 96% orang dewasa menghadapi cabaran kesihatan gusi1. Selain itu, periodontitis, sejenis penyakit gusi yang teruk, menjejaskan 38.2% orang dewasa Malaysia1 menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, kata Dr. Noormi.”

Tambahnya lagi: Gusi adalah komponen penting dalam kesihatan mulut dan kesejahteraan umum. Penyakit gusi adalah ancaman yang senyap namun meluas, telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Implikasi wabak ini sangat mendalam, melangkaui kesihatan mulut sahaja."


Ramai di antara kita mungkin tidak menyedari peranan gusi kita dalam membantu kita kekal sihat. Hakikatnya, gusi kita bukan sahaja menjadi penjaga pintu terhadap bakteria dan jangkitan di dalam mulut kita tetapi juga memberikan sokongan penting kepada gigi kita. Dengan penjagaan yang betul, ia bertindak sebagai pertahanan utama dalam memastikan badan kita sihat dengan berfungsi sebagai penghalang perlindungan untuk mencegah keradangan dan masalah kesihatan yang lain.


Encik Tomotaka Oka, Pengarah Urusan Southern Lion seterusnya menekankan keperluan untuk mengutamakan kesihatan gusi: “Statistik ini membantu kami untuk memahami keadaan semasa kesihatan gusi di kalangan rakyat Malaysia, mendorong kita untuk menghadapi realiti yang nyata: walaupun terdapat kemajuan dalam penjagaan mulut, ramai individu masih mengabaikan kesihatan gusi mereka. 

Ini adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kami. Sebagai jenama yang khusus untuk pencegahan penyakit gusi dan kesihatan mulut, kami memahami kesan kesihatan gusi terhadap kesejahteraan keseluruhan. Gusi yang sihat adalah asas kepada senyuman yang yakin dan badan yang sihat. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengutamakan kesihatan gusi dan mengambil langkah proaktif untuk menangani kebimbangan kesihatan awam yang mendesak ini."

En. Oka menambah bahawa: “Systema ingin menggalakkan warga Malaysia untuk lebih proaktif tentang kesihatan gusi mereka dengan mengutamakan #GumHealthFirst, mengiktiraf kepentingannya sebagai keutamaan untuk gigi yang sihat. Dengan kesedaran yang mencukupi, kami yakin bahawa penyakit gusi boleh dicegah. Dengan mengamalkan rutin penjagaan mulut yang mudah dan konsisten, setiap individu boleh mengekalkan kesihatan gusi sepanjang hayat.”

Melalui kempen #GumHealthFirst, kami memperkasakan individu dengan pengetahuan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk teknik memberus yang berkesan dan pemilihan produk penjagaan mulut yang sesuai. Matlamat kami adalah untuk menyemai tabiat sepanjang hayat yang menggalakkan kesihatan gusi yang optimum,”kata Encik Oka.

Berus gigi inovatif Systema menjadi perintis dalam inisiatif ini. Menampilkan teknologi SlimTechâ„¢ yang baharu dan dipertingkatkan serta bulu tirus 0.02mm yang lembut dengan asas kepala berus 40% lebih nipis yang membolehkannya mencapai ke belakang gigi dan membersih dengan berkesan, memastikan pembersihan plak menyeluruh yang terbukti secara klinikal untuk membantu mencegah masalah gusi. 

Dilengkapkan dengan ubat gigi Systema yang diperkaya dengan bahan perlindungan gusi seperti IPMP, GK2, dan TDS, ia menawarkan perlindungan gusi 4X lebih baik dan perisai menyeluruh terhadap pembentukan bakteria penyebab masalah gusi. Dengan adanya produk-produk pergigian yang betul ke dalam rutin penjagaan mulut harian, setiap individu boleh meningkatkan kesihatan gusi mereka dan mengurangkan risiko mengenai isu berkaitan gusi.

Turut hadir di majlis pelancaran kempen ini adalah Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat, Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) yang menekankan risiko yang berkaitan dengan penyakit gusi, termasuk kehilangan gigi dan keadaan kesihatan yang serius.

"Gusi yang tidak sihat adalah lebih daripada sekadar kesan kepada kesihatan mulut seseorang. Ia juga boleh membawa kepada masalah serius seperti kehilangan gigi dan kesukaran dalam aktiviti harian seperti mengunyah dan bercakap. Bukan itu sahaja, penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan, strok dan diabetes, menunjukkan betapa pentingnya kesihatan mulut untuk kesejahteraan keseluruhan kita." 


Kepentingan menangani kesihatan gusi ditekankan lagi oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020. Lebih-lebih lagi, di kalangan individu yang mempunyai periodontal yang dalam, sebahagian besar menghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular – masing-masing 27.5% dan 24%1, menunjukkan bahawa adanya hubungkait kesihatan mulut dan kesejahteraan sistemik.


Dr Faizal menekankan kepentingan mengamalkan langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian. “Mencegah penyakit gusi bermula dengan tabiat yang mudah tetapi penting. Memberus gigi secara berkala dengan ubat gigi fluorida, flos harian dan mengelakkan produk tembakau adalah langkah penting dalam mengekalkan kesihatan gusi yang optimum."

Sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan, Systema juga memperkenalkan portal kesihatan gusi yang baharu, www.gumhealthcheck.com yang membolehkan warga Malaysia menilai kesihatan gusi mereka secara digital, dan memperoleh pandangan dan petua untuk mengekalkan kesihatan gusi yang optimum serta kesihatan mulut secara keseluruhan. Direka bentuk untuk menyeronokkan dan berinformasi untuk semua, platform dalam talian interaktif ini akan menjadi sumber utama untuk mengekalkan gusi yang sihat.

Selain itu, sepanjang Mei dan Jun 2024, sebuah klinik pergigian bergerak akan menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia adalah satu kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Systema, klinik pergigian bergerak ini bersedia untuk menawarkan penilaian kesihatan gusi secara PERCUMA di bandar berhampiran anda. 

Kempen #GumHealthFirst Systema bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pengetahuan dan alatan untuk menjaga kesihatan gusi mereka. Dengan mengutamakan penjagaan gusi, individu boleh mencegah penyakit gusi dan mengekalkan kesihatan keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #GumHealthFirst Systema dan aktiviti berkaitannya, sila lawati portal dalam talian di www.gumhealthcheck.com.

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...