Lumira @ Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kediaman selesa dengan sentuhan moden yang cukup bergaya, inilah ciri-ciri rumah yang ditawarkan di Lumira @ Eka Heights. Kawasan dengan kemudahan yang lengkap, Lumira Eka Heights turut menawarkan rekabentuk kediaman yang cukup bergaya dengan sentuhan moden bertemakan avant-garde, inovasi aestetik.

Eka Heights
Merupakan pembandaran baru oleh Matrix Concept meliputi 10 presint yang akan dibina di Eka Heights dengan sejumlah 3,620 unit kediaman dan 25 unit komersial. Kawasan pembangunan yang cukup terancang dan strategik, menjadikan kediaman di Eka Height antara pilihan terbaik apatah lagi harga pasaran hartanah yang ditawarkan juga cukup berbaloi.

Untuk info, fasa pertama projek kediaman Eka Heights di bawah Matrix Concepts sebelum ini telahpun mendapat sambutan yang cukup cemerlang.


Dan untuk pelancaran kawasan kediaman akan datang adalah Lumira iaitu rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 1,607 kaki persegi bersaiz 20’ x 70’ dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air yang cukup selesa.

Kawasan rekreasi yang bertemakan muzik

Lumira @ Eka Heights bukan sahaja menawarkan kawasan kediaman yang cantik, bahkan sekitarnya lengkap dengan fasiliti sepertii tempat permainan kanak-kanak, buaian, gelanggang bola keranjang dan pelbagai lagi. Sekaligus menjadikan kawasan kediaman Lumira @ Eka Heights begitu selesa dan kondusif, pilihan terbaik dalam membesarkan anak-anak dan hidup berkeluarga..


Terdapat sebanyak 193 unit bakal dibuka untuk jualan dengan harga bermula dari RM 405,000. Tidak dinafikan harga hartanah yang ditawarkan sangat berbaloi dengan keluasan dan rekabentuk rumah moden yang cantik.

Apa yang pasti, kediaman Lumaira @ Eka Heights sememangnya pilihan yang cukup ideal terutama bagi mereka yang mencari kediaman yang selesa untuk keluarga atau pembelian sebagai aset hartanah.

Info Mengenai Eka Heights

Lokasi Eka Heights terletak di Seremban, Negeri Sembilan salah satu projek didalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang cukup komprehensif dan terancang sekaligus memberi kesan positif kepada penghuni serta pemilik kediaman di Eka Heights.

Dari segi aksesibiliti Eka Heights memang terbaik. Ini kerana terdapatnya Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. Lebih mengujakan terdapat akses terus ke KLIA yang dapat menjimatkan lagi masa perjalanan.

Terdapat juga hab komersial yang dikenali sebagai Eka Biz yang dapat memberi kemudahan kepada penduduk Eka Heights untuk dapatkan semua barangan keperluan penting sama ada barangan runcit atau perkhidmatan harian.

Kawasan Kejiranan Yang Tenang
Kawasan kejiranan Eka Heights dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau serta pemandangan tasik yang cukup tenang. Ia sememangnyaa kawasan kediaman yang menjadi impian setiap orang yang sukakan kehidupan yang selesa, jauh dari kesibukan kota.


Terletak berdekatan dengan Taman Mageka yang berkeluasan 15.5 ekar dengan landskap yang cantik, ada tasik dikelilingi persekitaran semula jadi yang berangin, trek joging serta kepelbagaian kemudahan dan fasiliti yang cukup versatil.
 

Penduduk di Eka Heights pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga dan jiran tetangga di sini. Pembinaan taman ini juga adalah salah satu usaha pemaju dalam menyokong kehidupan holistik dan memupuk gaya hidup sihat kepada pendududuk kediaman di Eka Heights.

Pelbagai Kemudahan Menarik
Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti Rumah Kelab d’Tempat, X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar tarikan menarik.

Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, jangan risau terdapat banyak pilihan sekolah yang ada di kawasan berdekatan. Antaranya seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan yang hanya kurang 10KM jauhnya.

Bagitu juga dengan pusat komersial hab yang lain seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Masjid Sri Sendayan yang juga terletak berdekatan dengan Eka Heights.

Lumira @ Eka Heights bakal menjadi kediaman ideal untuk anda terutamanya yang mencari rumah pertama dengan harga bermula daripada RM405,000.

Daftar sekarang https://www.ekaheights.com.my atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut!

Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes

#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts
\
Lumira @ Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 06, 2024 Rating: 5

8 comments:

  1. Best nyaa suasana rumah kat sini . Harga pun not bad

    ReplyDelete
  2. Agak Luas tempat ni, tasik pun besar

    ReplyDelete
  3. Menarik kan tempat ni, strategik dan banyak kemudahan. Memang selesa and tenang je tinggal tempat mcm ni.Siapa yg masih x beli rumah and plan nak beli rumah boleh la pertimbangkan rumah ni.

    ReplyDelete
  4. memang impian sunnguh la Lumira niii...Sally suka sangat dia punya persekitaran...sempurna utk bina keluarga dekat sini...

    ReplyDelete
  5. Ayu, jom kita berjiran.. best sangat lokasi ni kan :)

    ReplyDelete
  6. kalo ada rezeki lebih memang berbaloi grab

    ReplyDelete
  7. Reka bentk moden, ruang yang luas, dikelilingi kehijauan serta kemudahan yang banyak dan dekat. Memang ciri perumahan yang bagus la.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.