Panasonic Beauty Melancarkan Pengering Rambut nanocare EH-NA0J

Sejajar dengan transformasi penjenamaan Panasonic Beauty dalam menawarkan produk penjagaan luar biasa untuk rambut, kulit dan badan, Panasonic hari ini telah memperkenalkan Pengering Rambut nanocare Baharu EH-NA0J, sekali gus menghasilkan inovasi berterusan dalam penyelesaian kecantikannya.


Panasonic Beauty menjadi satu-satunya jenama perkakas pengguna dari Jepun yang aktif dalam segmen kecantikan di Asia Tenggara. Hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan slogan Panasonic Beauty baharu iaitu “Kecantikan Asli. Teknologi Inovatif.”. Ini menandakan transformasi jenama yang mengukuhkan misi asas kami dalam memperkasakan kecantikan semula jadi menerusi sains dan teknologi termaju, yang digandingkan dengan komitmen yang teguh terhadap kualiti serta kecemerlangan dari Jepun. Fokus yang diperbaharui ini menyerlahkan komitmen Panasonic Beauty dalam menawarkan produk kecantikan semula jadi kepada pelanggan kami
kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.


Teknologi Panasonic nanoeâ„¢ yang unik, ia menghasilkan kelembapan daripada udara yang menghasilkan zarah-zarah kecil penuh kelembapan yang cukup kecil untuk meresapi dalam setiap helai rambut anda. Ia menghadang elektrik statik seterusnya menjadikan rambut anda lebih licin, mudah diurus dengan kurang kerinting dan lebih berkilau.

Jika pengering rambut tradisional boleh menyebabkan rambut berasa kering dan rapuh, Pengering Rambut nanocare baharu, EH-NA0J dengan teknologi nanoeâ„¢ MOISTURE+ dan Mineral baharu yang inovatif dari Panasonic ini memberikan 18x* lebih kelembapan berbanding model penjagaan nano sebelum ini. Ini bermakna ia menghadang penghidratan untuk mengurangkan kekeringan rambut, sekali gus menghindarkan kegusaran anda mengenai rambut kusam dan pudar. 


Selain itu, produk inovasi Panasonic ini juga melindungi warna rambut daripada pudar** dan membantu memastikan warna rambut anda sentiasa menyerlah lebih lama.


Anda boleh menjangkakan rambut yang lebih lembut dan licin dengan setiap penggunaan, kerana teknologi MOISTURE+ nanoeâ„¢ dengan serta-merta mengurangkan rambut kerinting, statik dan mengerbang. 

Selain itu, reka bentuk kompak baharu EH-NA0J dengan saluran keluar lebih dekat dengan rambut berbanding model sebelumnya, menjadikannya lebih mudah untuk meresapkan aspek kelembapan. Teknologi Mineral pula menjadikan kualiti rambut anda lebih baik dengan meningkatkan kelekatan kutikula, seterusnya mengurangkan kerosakan geseran apabila anda menyikat rambut setiap hari.

Didatangkan dengan Mod Scalp Care yang menggunakan aliran udara lembut dengan haba lebih rendah, ia menjadikan proses pengeringan lebih baik dan berkesan tanpa menggunakan suhu yang tinggi. Tambahan pula, Mod Hair Tip Care pula mengawal aliran udara untuk kemasan yang lebih lancar hingga ke hujung rambut. Selain menjaga rambut anda, Pengering Rambut nanocare EH-NA0J boleh digunakan dalam Mod Skin Care yang akan menggalakkan zarah wap kecil bersaiz nano untuk melembapkan muka secara mendalam.

EH-NA0J juga dilengkapi dengan pelbagai mod termasuk Mod Ulang-alik Panas & Sejuk, bagi meregangkan dan melegakan rambut dengan udara panas, sebelum bertukar kepada suhu udara yang lebih sejuk untuk memastikan permukaan rambut kekal licin, seterusnya membolehkan anda mudah mengemaskan rambut dan menetapkan gaya anda.


Sistem Intelligent Sensing EH-NA0J sentiasa dapat mengelakkan haba secara berlebihan dengan mengekalkan suhu udara terbaik untuk mengeringkan rambut, sekali gus menjadi proses pengeringan lebih optimum sambil menjaga kesihatan rambut anda. Dengan teknologi canggih ini, anda boleh menikmati ketenangan fikiran kerana rambut anda sedang dipelihara, lebih lembut, licin dan kelihatan lebih sihat. Â

Memandangkan EH-NA0J juga menjadi alat serba boleh, ia telah dilengkapi dengan Muncung Cepat Kering terbina dalaman, Muncung Penggayaan untuk dihalakan pada bahagian khusus, Peresap serta Muncung Penggalak Udara yang memberi tumpuan kepada aliran udara untuk mencecah hingga ke akar rambut anda. Ia sangat sesuai untuk individu yang memiliki rambut tebal dan akar rambut yang sukar dikeringkan. 


Selaras dengan transformasi penjenamaan baharunya, Panasonic Beauty memberikan penekanan terhadap peranannya sebagai peneraju dalam menggabungkan prinsip kecantikan tradisional Jepun dengan teknologi canggih. Komitmen ini diserlahkan lagi dengan pencapaiannya apabila Pengering Rambut nanocare EH-NA0J memenangi anugerah di iF DESIGN AWARD yang mengiktiraf kecemerlangan fungsi dan reka bentuknya yang elegan serta mesra pengguna.


Panasonic Beauty sedang menganjurkan acara pop-up bagi pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengering Rambut EH-NA0J dan keunikan MOISTURE+ nanoeâ„¢ serta Teknologi Mineral. Acara pop-up ini berlangsung dari 30 April 2024 hingga 5 Mei 2024 di Tingkat Bawah, Oval Concourse, One Utama Shopping Centre.

Sebagai alternatif, untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Panasonic Beauty nanocare atau ikuti Instagram rasmi Panasonic Beauty.

Nota:
* Berbanding dengan model konvensional nanoeâ„¢
** Kesan mungkin berbeza bergantung kepada pewarna dan individu





No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...