Caranya, muat naik gambar atau video meraikan ibu anda di Instagram, Facebook, atau TikTok berserta hashtag #RatuSelamanya dan tag @SuriaMalaysia. Pastikan akaun media sosial anda dalam keadaan 'public' dan pastikan anda ‘follow’ akaun Suria Malaysia untuk memenuhi syarat penyertaan.
5 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan kapsyen yang kreatif, menyentuh emosi dan bertepatan dengan tema Hari Ibu. Jadi tunggu apa lagi? Jom raikan ibu anda bersama Suria FM!
5 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan kapsyen yang kreatif, menyentuh emosi dan bertepatan dengan tema Hari Ibu. Jadi tunggu apa lagi? Jom raikan ibu anda bersama Suria FM!
Juga info menarik buat semua pendengar setia Suria Cinta, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya memenangi pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.
“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini. Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini. Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” ujarnya.
Anugerah ini merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia. Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.
Dengarkan Suria Cinta bersama DJ LIN setiap malam di Suria FM bermula 8 malam hingga 1 pagi, dan mulai Isnin, 6 Mei 2024, anda berpeluang memenangi sebahagian daripada RM 24,000 menerusi peraduan #LaguCintaGlowBetty.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...