AEON Fashion Preview (AFP) June 2024 : Memperkenalkan Pereka Pakaian Dari Asean

AEON Fashion Preview (AFP) June 2024 : Memperkenalkan Pereka Pakaian Dari Asean - Aeon Malaysia sekali lagi menganjurkan acara tahunannya iaitu AEON Fashion Preview (AFP). Untuk edisi kali ini, Aeon Malaysia telah memperkenalkan pereka pakaian Asean yang telah mempunyai jenama label mereka sendiri. Koleksi pakaian pereka Asean ini akan boleh didapati di Aeon. 

Lima jenama yang turut serta seperti Kanzi Collection, Finix, CDL, Andrew Smith dan M. Gee. Kerjasama bersama jenama dan pereka Asean ini bukan sahaja dapat menonjolkan kehebatan kreatif pereka ASEAN tetapi juga membuktikan AEON sentiasa memberi komitmen untuk menyokong bakat serantau dan pada masa yang sama menyokong perkongsian budaya.

Jenama dari Pereka Asean Terbaik
Membawa masuk 5 jenama pakaian daripaka pereka Asean terbaik secara tidak lansung membuka peluang jenama luar  untuk lebih dikenali di kalangan masyarakat Malaysia. Jom kenali secara ringkas jenama dari pereka Asean yang terlibat.
  • Andrew Smith: 
Jenama yang dipelopori pereka Achmad dari Indonesia. Memperkenalkan pakaian lelaki yang diberi sentuhan fesyen tradisional dan kontemporari. Sebuai untuk acara  kasual yang memang cukup bergaya,
selesa dan sangat praktikal. 
  •  CDL (Cardinal)
Mula diperkenalkan pada tahun 1973 dan pereka pakaian untuk jenama ini adalah Leo dan Safei dari Indonesia. CDL cukup terkenal dengan pakaian yang versatil dan bergaya. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Menawarkan pakaian kasual hingga formal, CDL menggabungkan keselesaan dengan gaya kontemporari. 

  • M.Gee
Jenama M.Gee sudah mula bertapak dari tahun 1990, diketuai oleh pereka Oman dan Fajar dari Indonesia. Pakaian dari jenama ini sentiasa menjadi pilihan untuk pakaian kerja. Jenama yang mementingkan kualiti dalam setiap keluaran pakaiannya ternasuklah  kemeja-T, jaket, dan banyak lagi. Jenama ini menekankan ketahanan dan fabrik berkualiti untuk kegunaan harian.


  • Finix 
Ditubuhkan dan diasaskan oleh Leonard Cheong, seorang pereka dari Singapura pada tahun 2019.
Finix menawarkan ciri  FORM, FIT dan FLOW yang dapat memenuhi pelbagai gaya dengan corak fabrik yang kreatif. Ciri rekaan menonjolkan ekspresi diri dan keselesaan.

  •  Kanzi
Diketuai oleh pereka Muhammad dan Liza dari Singapura, yang terkenal dengan pakaian formal yang elegan. Apa yang lebih menarik rekaan pakaiannya adalah daripada kain Ikat tradisional. Diiktiraf dari segi kemampanan, kualiti, dan reka bentuk yang unik, menyepadukan elemen moden dan tradisional.


Stads Volume 2 ialah koleksi baharu yang sangat dinanti-nantikan, berdasarkan kejayaannya
pelancaran kepada pengenalan Stads satu masa dulu. Rekaan pakaian memang menggunakan fabrik ringan dan didatangkan dengan ciri pengudaraan yang bai.  Stads Volume 2  menjanjikan lebih keselesaan dan praktikal.

Antara Jenama Lain Yang Mengambil Bahagian
Takumi x Okayama Prefecture.. Your Style, Your Rule. Gaya denim dari TAKUMI jeans yang berkaloborasi bersama Okayama Prefecture. Seluar jeans yang bukan sahaja mesra alam dan sangat tahan lama tetapi juga merangkumi gabungan sempurna antara ketukangan tradisional dan gaya moden. 


Direka untuk memenuhi keperluan si pemakai.  Takumi Jeans menawarkan keselesaan, gaya, dan tahan lasak. Kerjasama antara keduanya sebagai komitmen kepada fesyen berkualiti tinggi.


Embrace Your Curves, Express Your Style -Turut diperkenalkan fesyen bagi mereka yang plus size iaitu La Farfa x Plus Collection. Apa yang lebih menarik penampilan istimewa Michiko Ohashi, Plus Size J-Pop Big Angle dari Jepun yang turut catwalk menggayakan rekaan dari pakaian jenama ini.

 Michiko Ohashi

Untuk kanak-kanak pastinya fesyen sports dari JKids yang akan sentiasa menjadi pilihan. Begitu juga koleksi pakaian dari siri anime popular Jujutsu Kaisen yang paatinya digemari anak-anak muda! Kedua siri jenama ini memang sesuai untuk segala acara santai anak kecil dan remaja.



Semua cantik, selesa dan praktikal sesuai untuk kegunaan harian masyarakat Malaysia 

@aeonretail.my 
@aeon_cheras_selatan 
#afp2024

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...