Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024

Acara yang paling ditunggu-tunggu, anugerah penghargaan jenama tahunan guardian kembali dengan format baharu yang menarik, menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan terulung yang paling digemari oleh para pelanggan guardian.


Tahun ini telah diperkenalkan beberapa peningkatan, termasuk memperkenalkan Best Sellers 2024 , di samping produk Pilihan Pakar, serta peluang untuk para pelanggan mengundi jenama kegemaran mereka.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau menerusi ucapannya bahawa guardian telah muncul sebagai kurator utama dalam keperluan kecantikan dan kesejahteraan, memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Industri kecantikan dan kesejahteraan telah berkembang menjadi sebuah alam yang dipandu oleh pemperibadian dan pengetahuan. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi dan inovasi, digandingkan pula dengan pengaruh media sosial, pengguna mencari teman yang dipercayai seperti guardian untuk mengatur pilihan tawaran jenama yang ideal dalam pasaran yang sentiasa berkembang.

Best Sellers 2024 guardian
Dalam kategori Best Sellers 2024 guardian, terdapat 10 produk inovatif dan terlaris bagi setiap segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.


Pilihan produk terlaris - yang meliputi pilihan jenama untuk memupuk kesihatan dalaman sehinggalah kepada jenama yang menyerlahkan kecantikan luaran

Ianya adalah antara produk terkini yang terdapat di pasaran, yang telah dilancarkan antara 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2023,” tambah Anna.

Segmen produk terhangat Pilihan Pakar
Lima pakar industri terkemuka telah ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini yang terdapat di pasaran. Pakar-pakar ini, yang terkenal dalam bidang mereka masing-masing, telah menguji dan meneliti produk-produk dalam kategori Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri, dan Penjagaan Kesihatan.


Penilaian dibuat bagi menentukan antaranya Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik, dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik. 

Ia adalah satu usaha yang menarik untuk mendengar daripada panel perintis trend yang menguji sendiri dan memilih produk pilihan mereka di antara produk-produk terbaik
 jelas Anna. 

  

Barisan panel terdiri daripada: 


Dr. Lim Ing Kean – Pakar Dermatologi dan Pencipta Kandungan Kecantikan

Dr. Amanda Elli – Doktor Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan

Joanna Soh – Personaliti Kecerdasan dan Kesejahteraan

Japhet Bong – Jurusolek

Rosmah Idayu – Editor, Mingguan Wanita 

Anda berhak memilih: Pilihan Peminat!
Pelanggan guardian juga dijemput untuk menyertai Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024 dengan mengundi dalam bahagian Kegemaran Peminat. Pelanggan boleh mengundi jenama kesayangan mereka dalam lebih daripada 85 subkategori merentasi segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Peribadi, dan Penjagaan Kesihatan.


Dengan mengundi, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua Hadiah Utama berupa Samsung Galaxy S24+ berserta baucer guardian bernilai RM500 setiap seorang. Penyertaan adalah mudah - hanya log masuk ke laman web peraduan (https://guardianawards.com.my/fan-favourites) dan mula mengundi. Lebih menarik, semua penyertaan yang berjaya akan menerima e-baucer guardian bernilai RM10.

Meraikan Kecemerlangan Bersama Pelanggan guardian 
Anugerah Beauty & Wellness 2024 guardian terus menjadi lambang kecemerlangan dan keunggulan dalam industri ini, yang merangkumi pelbagai jenis produk, jenama, dan kategori. Ia berfungsi sebagai bukti definitif untuk jenama-jenama yang paling dekat di hati pelanggan kami, justeru memberikan pandangan yang sangat bernilai tentang pilihan pelanggan.

Sepanjang tempoh peraduan ini iatu dari 4 Jun 2024 hingga 2 Julai 2024, guardian juga akan mengadakan banyak promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50% untuk beberapa barangan.

Pelanggan kami adalah pakar utama kami, dan suara mereka sangat berharga. Melalui peraduan anugerah ini, kami memberi kuasa kepada mereka untuk menjulang produk-produk terbaik yang terdapat di stor kami, sekali gus memastikan pilihan yang dipilih susun dan diperibadikan selaras dengan keperluan dan keinginan mereka,
tegas Anna.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengambil bahagian dalam Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024, termasuk terma dan syarat, sila layari laman web kami atau ikuti kami di platform media sosial. guardian - Your Trusted Partner in Health and Beauty. 

Laman Utama: https://guardianawards.com.my
Fan Favourites: https://guardianawards.com.my/fan-favourites
Expert Picks: https://guardianawards.com.my/expert-picks
Best Sellers: https://guardianawards.com.my/best-sellers

Senarai Pemenang Produk Terlaris 2024 guardian 



Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 06, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.