Ini merupakan kempen cukup unik yang memberi peluang pemilik rumah memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera dan pada masa yang sama berpeluang menunaikan umrah.
Projek Perumahan Bayu Setera Yang Pertama
Terletak di Bandar Sri Sendayan, projek perumahan Bayu Sutera yang berkeluasan 216 ekar ini sememangnya cukup konsisten dengan reputasinya menawarkan kediaman yang terbaik. Fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021 ini sememangnya dikelilingi dengan landskap alam semulajadi yang cukup cantik.
Untuk fasa pertama, jualannya cukup sukses dan dapat menyerahkan 963 unit kepada pemilik rumah mengikut masa seperti yang dirancangkan.
Projek kediaman dengan binaan luas bermula dari 2,142 kaki persegi hingga 2,478 kaki persegi yang sesuai untuk keluarga dan isi rumah pelbagai generasi. Ruang yang cukup besar dapat memberi keselesaan bagi pemilik kediaman selain privasi yang sangat diperlukan khususnya bagi mereka yang bekerja dari rumah.
Projek Perumahan Terkini
Memperkenalkan 2 fasa terbaharu di Bayu Sutera yang sedang dibangunkan iaitu Izara II dan juga Elonia III. Kediaman tepi tasik dengan keunikan landskap yang aestetik menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi.
Komuniti kawasan perumahan di sini boleh menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan pelbagai aktiviti di taman tasik yang indah seluas 3 ekar. Terdapat juga variasi kemudahan disediakan seperti trek jogging, taman permainan dan banyak lagi.
Kediaman baharu ini bukan sahaja menawarkan keindahan pemandangan tepi tasik tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini bagi memastikan penghuninya dapat hidup dengan gaya yang lebih selesa dan selamat, Antara ciri rumah pintar di rumah kediaman Izara II & Elonia III seperti ciri kunci digital, lampu pencahayaan, penghawa dingin IR Blaster dan sistem audio.
Bagi fasa kediaman Izara II dan Elonia III kedua-duanya menawarkan rumah teres dua tingkat jenis hartanah milik bebas dengan keluasan 20’ x 70’ binaan 2,315 kaki persegi. Rumah kediaman yang cukup selesa ini menawarkan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Untuk Izara II ini hanya ditawarkan 171 unit kediaman. Manakala Elonia III hanya eksklusif 38 unit sahaja.
Ruang tamu dan bilik tidur agak luas dengan susunatur yang terbuka membolehkan pemilik menghasilkan dekorasi rumah kediaman seperti yang mereka inginkan. Ini juga satu kelebihan buat pemilik kediaman yang mungkin mempunyai citarasa tersendiri mengikut konsep yang dikehendaki untuk didiami bersama keluarga tersayang.
Kedua kawasan perumahan ini dikelilingi pagar tinggi bersama pos pengawal bagi meningkatkan tahap keselamatan untuk penghuni kediaman di sini.
Tawaran Pakej Umrah Eksklusif
Berita baik bagi ke semua pembeli rumah kediaman di fasa terbaru Bayu Sutera. Setiap pembeli akan diberikan pakej umrah percuma yang merupakan baucer tunai umrah bernilai RM16,000 untuk dua orang. Pakej umrah ini adalah selama 11 hari 10 malam di Arab Saudi, berserta tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan makanan yamg disediakan sepenuhnya.
Selain dapat melaksanakan ibadah umrah, pelbagai lokasi menarik disertakan dalam sesi lawatan antaranya seperti melawat Muzium Al Wahyu di Mekah. Turut disediakan adalah Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam serta bakal mendapat bimbingan Mutawif yang cukup berpengalaman
Kempen pemberian pakej umrah ini berlangsung dari 20 Mei hingga 20 Ogos 2024, eksklusif hanya untuk pembelian fasa kediaman Izara II dan Elonia III (unit Bumi sahaja).
Jom Menjadi Sebahagian Komuniti Bayu Sutera
Pemaju Bayu Sutera iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan pernerima Anugerah StarProperty untuk : The Cornerstone Award – The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024.
Menitik beratkan ciri keselamatan kediaman antara kunci utama mengapa projek perumahan Bayu Sutera masih konsisten menjadi pilihan mereka yang sedang mencari rumah. Contohnya pihak pemaju menyediakan pos pengawal keselamatan berserta pagar tinggi bagi setiap unit presint.
Menjadi komuniti di sini juga kita berpeluang menggunakan segala kemudahan versatil yang disediakan, antaranya trek joging, taman permainan, gelanggang badminton, laluan refleksologi dan banyak lagi.
Antara Fasiliti dan Kemudahan Lain di Bayu Sutera
Untuk mendapat keperluan barangan harian kita boleh ke Bayu Biz yang merupakan hab komersial di Bayu Sutera. Begitu juga sekiranya ingin melakukan aktiviti yang lain boleh terjah ke d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Sendayan Merchant Square.
Untuk mendapat keperluan barangan harian kita boleh ke Bayu Biz yang merupakan hab komersial di Bayu Sutera. Begitu juga sekiranya ingin melakukan aktiviti yang lain boleh terjah ke d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Sendayan Merchant Square.
Sememangnya sangat disyorkan bagi pelaburan hartanah, adalah lebih baik untuk kita lebih menumpukan fokus kepada hartanah di kawasan matang kerana telah sedia ada permintaan dari pelbagai golongan seperti kelas pekerja dan berkeluarga.
Tawaran Jualan dan Promosi Menarik dari Matrix
Matrix Concepts Holdings Berhad sentiasa menawarkan pakej jualan terbaik beserta kempen yang cukup menarik. Untuk membeli rumah di Bayu Sutera, bayaran pendahuluan yang dikenakan cukup rendah dan berpatutan.
Manakala yuran guaman diatas duti SPA dan pinjaman diberikan secara percuma. Bukan itu sahaja, setiap pembeli rumah di Bayu Sutera secara automatiknya menjadi ahli kelab d’Tempat Country Club. Tiada fee atau yuran dikenakan kerana ianya percuma dan pembeli boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan di rumah kelab ini.
Beli Rumah, Tunai Umrah
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rumah di fasa terbaru Bayu Sutera iaitu Izara II dan Elonia III. Satu peluang yang cukup unik menggabungkan pemilikan rumah dengan perjalanan rohani Umrah.
Beli Rumah, Tunai Umrah!
Bagi mereka yang nak mengerjakan Umrah dan ada rezeki membeli rumah, inilah masanya, ruang dan peluang ada di sini. Seronok dapat mengerjakan Umrah bersama tersayang kannn
ReplyDeleteAda rezki, memang best beli rumah pintar nie dan dapat sekali pakej umrah
ReplyDeleteMenarik promosi macam nie kan Ayu. Ada rezeki boleh lah beli rumah kat sini, berbaloi sangat..
ReplyDeleteBestnya dapat tunaikan umrah free
ReplyDeleteRumah bayu sutera semua cantik² this promo memang best siap dapat pakej umrah
ReplyDeleteImpian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci, rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Mmg dream come true laaa!
ReplyDeletecantik juga rumah izara II & Elonia III ni . wow! ada sekali dengan pakej umrah. terbaik!
ReplyDeleteCantik perumah kat sini dah la bagus dpt pakej umrah sekali
ReplyDeletekediaman yang cukup menarik. beli rumah, dapat pula peluang tunaikan umrah. Percuma pula, mmg bagus kalau dapat grab kan.
ReplyDelete