Terdapat 3 jenis hidangan yang ditawarkan iaitu masakan Pakistan, barat dan juga moden. Namun menu yang sentiasa mendapat permintaan pelanggan yang datang kes ini tentulah hidangan autentik Pakistan. Sebahagian menu autentik istimewa Pakistan disini juga telah diolah bagi memenuhi selera masyarakat tempatan.
Melangkah masuk ke Platform 19 sememangnya boleh membuat kita berasa teruja. Apatah lagi melihat kepada susunatur didalam restoran yang cukup kemas dengan dekorasi seperti berada di dalam gerabak keretapi.
Saya juga sangat rekomen untuk anda semua mencuba Bakra Paye. Tulang gear box bersaiz comel berkuah yang kaya dengan rempah ratus. Anda boleh pilih samada ingin menikmatinya bersama roti ataupun nasi. Kombinasi antara keduanya memang sedap.
Seperti yang kita sedia maklum, hidangan Pakistan sememangnya cukup terkenal dengan keunikan rempah ratusnya. Biarpun negara Pakistan itu jauh beribu batu dari Malaysia, namun sebenarnya terdapat ramai peminat masakan negara tersebut di sini. Salah seorangnya adalah saya!
Melangkah masuk ke Platform 19 sememangnya boleh membuat kita berasa teruja. Apatah lagi melihat kepada susunatur didalam restoran yang cukup kemas dengan dekorasi seperti berada di dalam gerabak keretapi.
Ruang yang luas, berhawa dingin sememangnya cukup selesa. Ianya boleh memuatkan sehingga 108 orang tetamu dalam satu-satu masa. Di restoran ini juga turut menyediakan ruang makan khas yang cukup esklusif untuk meraikan sebarang acara istimewa. Begitu juga sekiranya kita mahu menikmati sesi makan bersama seisi keluarga, susunatur dan menu yang ditawarkan seemmangnya mesra kanak-kanak.
Sarapan Pagi di Platform 19 Cukup Istimewa
Seawal 8 pagi anda semua boleh mencuba hidangan Good Morning Karachi yang diidatangkan bersama 3 jenis roti prata iaitu Roti Prata Potato, Cheese dan Butter. Lebih menarik hidangan ini boleh dinikmati bersama 3 jenis kuah yang berbeza dari segi rasa dan teksturnya. Apa yang pasti, menu sarapan ini cukup berbaloi dan punyai keunikannya yang tersendiri.

Good Morning Karachi (Roti Prata Potato, Cheese dan Butter)
Jika kita bawa anak-anak bersarapan di sini, pasti mereka gemar hidangan barat seperti Grilled Bratwurst Sausage dan juga Classic Breakfast. Besar juga saiz hidangan yang ditawarkan, makan seorang memang sangat kenyang.
Grilled Bratwurst Sausage
Classic Breakfast
Saya pula memang sangat sukakan rasa hidangan Creamy Mushroom and Potato Soup. Bayangkan sup ini dimasukkan didalam bekas yang diperbuat daripada roti. Bukan sahaja sedap bahkan apabila melihat persembahan hidangan ini memang kita akan rasa cukup puas hati.
Creamy Mushroom and Potato Soup
Hidangan Hebat Yang Lain di Platform 19
Terdapat juga menu menarik lain yang boleh dicuba ketika berada di sini. Antaranya seperti DOME Kabsah Mutton. Hidangan ini sesuai dinikmati 2 sehingga 3 orang memadangkan saiz hidangannya agak sederhana besar. Nasi briyani Pakistan yang cukup harum dengan percikan safron. Dimasak gaya tradisi Pakistan bersama protein pilihan samada ayam, kambing atau daging lembu. Seterusnya dibungkus bersama roti nipis yang dibuat sendiri.
DOME Kabsah Mutton
Pilhan saya tentulah Chicken Charga. Ayam yang direbus dan seterusnya dibakar ini memang agak rumit dan istimewa proses penyediaannya. Rasa ranggup berempah di bahagian luar dan di bahagian dalam sangat berjus isi dagingnya. Ada kuah didatangkan sekali bersama ayam ini. Sesungguhnya rasanya memang sedap.
Chicken Charga
Menu lain yang boleh di cuba seperti Lateef In The Bowl, Beef Keema Pizza dan Sherperd Pie. Ketiga menu ini pastinya akan menjadi pilihan kanak-kanak. Dari segi kualiti rasa memang tidak mengecewakan.
Lateef In The Bowl
Beef Keema Pizza
Sherperd Pie
Saya juga sangat rekomen untuk anda semua mencuba Bakra Paye. Tulang gear box bersaiz comel berkuah yang kaya dengan rempah ratus. Anda boleh pilih samada ingin menikmatinya bersama roti ataupun nasi. Kombinasi antara keduanya memang sedap.
Bakra Paye
Orang kata "Tak Pakistanlah kalau tak minum Chai Tea". Teh susu dengan percikan rasa masalla. Minum panas-panas pastinya sangat membantu menyegarkan tekak.
Chai Tea
Pasti Akan Datang Lagi!
Secara peribadi saya memang sangat sukakan konsep yang diperkenalkan dalam menu dan juga dekoarasi restoran Platform 19. Setiap hidangan yang saya cuba memang sedap (ini memang pujian jujur). Saya difahamkan kebanyakan chef (tukang masak) di sini adalah mereka yang memang berkemahiran dalam bidang kulinari yang berasal dari negara Pakistan.
Apa yang pasti setiap sen yang kita belanjakan di sini untuk menikmati hidangan autentik Pakistan khasnya, kita akan puas hati dan pastinya akan kembali lagi untuk mencuba resepi-resepi hebat lain yang ditawarkan.
Info Ringkas Platform 19
Platform 19, Jalan Gembala 19/9, Seksyen 19, Shah Alam, Malaysia
Lokasi: Berhampiran Stesen KTM Shah Alam Seksyen 19 dan Hentian Bas Selangor Seksyen 19 Shah Alam, di sebelah CIAST Seksyen 19 Shah Alam.
Sosial media:
Instagram : https://www.instagram.com/platform19cafe
TikTok : https://www.tiktok.com/@platform19cafe
Facebook : @PlatformNineteenShahAlam
Email : platform19sa@gmail.com
Tel : 017-4377559 (Pn Rosiyati) / 012-7019192
Waktu Operasi : Buka setiap hari Isnin hingga Ahad dari Jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Waktu rehat : solat Jumaat 12.30tengahari hingga 2.45petang

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...