Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ, Menawarkan Lebih 120 Menu Halal

Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ memang cukup dikenali terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Ini kerana restoran ini menawarkan lebih 120 menu dan semua hidangannya adalah halal. 


Sehingga hari ini terdapat 6 cawangan Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ iaitu di Great Eastern Mall, IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall, Suria KLCC, Aeon Mall Shah Alam dan Aeon Kota Bharu.  

Tarikan Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ
Antara tarikan di Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ adalah penawaran daging premium seperti Australian Beef Slices, New Zealand Beef Slices, New Zealand Lamb Slices dan juga Smoked Duck Breast Slices. Sangat lembut tekstur dagingnya. Pilihan daging premium ini sememangnya segar dan boleh dinikmati tanpa had.


Begitu juga dengan daging yang telah diperap, antara yang popular seperti daging lada hitam, ayam bersama kicap manis, ayam pedas dan pelbagai lagi. Namun yang paling mendapat permintaan pelanggan adalah sotong sambal/pedas yang cukup lembut bila di gril.

Kredit pic : mahamahu

Makanan laut segar seperti ketam, kepah, lala dan sotong serta variasi bebola ikan, kek ikan, isi ketam dan pelbagai jenis sosej boleh dipilih. Mengimbangi hidangan yang dinikmati turut ditawarkan sayuran dan mi seperti ramen dan udon.


Uniknya di Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ turut ditawarkan Dim Sum, sushi dan hidangan masakan panas seperti Nasi Goreng, Spaghetti Carbonara, Sayur Campur Goreng, Sambal Sotong, Ayam Masam Manis. hot dog, nugget dan pelbagai lagi.

Tidak lengkap steamboat tanpa sup dan antara jenis-jenis sup yang boleh dipilih seperti :-

🍲 Prawn Soup
🍲 Fish Soup
🍲 Tomyum Soup
🍲 Kimchi Soup
🍲 Chicken Soup
🍲 Curry Soup

Tapi ianya terhad kepada 2 jenis sup sahaja yang boleh dipilih ya!

Variasi Pilihan Pencuci Mulut
Selesai menjamu selera, nikmati pencuci mulut yang cukup menggiurkan seperti wafer, ABC, cendol, seleksi kek dan aiskrim sebagai penutup hidangan.

Pilihan pencuci mulut disini juga memang banyak. Antaranya adalah buah-buahan, aiskrim yang mempunyai pelbagai perisa dan anda boleh menambah topping mengikut kegemaran anda sendiri. Jangan lupa juga untuk mencuba waffle yang alan disediakan apabila mendapat permintaan daripada pelanggan.

\Kredit pic : mahamahu

Harga agak berbaloi dan jangan lupa untuk datang makan-makan dan mencuba sendri 120 menu halal di Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ.


Untuk lebih info boleh layari:
Laman Web : https://www.pakjohn.com/
Instagram : https://www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq/.
Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ, Menawarkan Lebih 120 Menu Halal Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.