Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 - eslite gā lá Bermula 12 Jun!

lSambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum tahun ini dimeriahkan lagi dengan visual menarik hasil kreativit ilustrator "Circus Of Life," Wednesday Lee. Mengetengahkan gabungan warna-warna cerah dan ekspresi emosi yang nyata, hasil karya seni Lee yang dipetik daripada buku bergambarnya diinterpretasikan ke segenap ruang eslite spectrum di Starhill. Ini termasuk cenderahati istimewa edisi terhad dan aktiviti yang diinspirasikan daripada elemen penuh magis karyanya yang menjadi tema sambutan kali ini.

Sempena dengan Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum, pameran ilustrasi Wednesday Lee "In This Era, It's Hard to Convince Others, Except in Dreams" akan diadakan di ruang kaunter L108 eslite spectrum dari 12 Jun hingga 14 Julai ini.


Tentang tema perayaan eslite gā lá (gā lá dalam dialek Cina bermaksud sudut)
Ketika masih kanak-kanak, kita sentiasa mengimpikan untuk cepat membesar dan bebas untuk melakukan banyak perkara yang tidak boleh dilakukan ketika itu. Walau bagaimanapun, setelah dewasa, kita kini sebenarnya lebih banyak berselindung di sebalik ‘topeng’ untuk menyembunyikan diri kita yang sebenar demi memenuhi kehendak dan permintaan orang lain, baik di dalam karier mahupun kehidupan seharian kita. Topeng ini sebenarnya menyembunyikan ‘raksasa kecil’ di dalam diri kita— ianya terkadang comel, terkadang mengganggu, terkadang mahu meluahkan perasaan dan terkadang cuba melarikan diri dari masalah.


Tidak dinafikan yang kita terkadang ingin kembali semula ke zaman kanak-kanak dan melakukan perkara yang menyeronokkan, tanpa ada rasa bimbang. Datanglah ke eslite untuk merasai semula pengalaman itu dan biarkan anak kecil (atau raksasa kecil) dalam diri anda keluar meneroka dan bergembira. Kami menjemput anda untuk menemukan elemen ‘surprise’ hanya di eslite dan mengejar impian kehidupan anda.


Cara Menikmati Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 dan Pulang dengan 4 Tawaran Hebat!

14 Jun - 17 Jun: Acara Khas 4 Hari

Pemberian e-Baucar tanpa had (Terima e-baucar RM10 dengan setiap RM100 yang dibelanjakan)

Terima satu e-baucar (bernilai RM10) dalam aplikasi eslite MY untuk setiap RM100 yang dibelanjakan dalam satu resit dan ia boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Belanja RM300 dalam sehari dan dapatkan peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah Wheel Spinner!

Sertai cabutan bertuah dan menangi lebih 400 hadiah, termasuk Barang Kemas Lin ShiaoTung - Koleksi Istimewa Eric Jade Bear, telefon & earbud realme, beg PORTER INTERNATIONAL, beg MAH, baucar bufet Ritz-Carlton, set hadiah Claire Organics dan banyak lagi!

12 Jun - 14 Julai: Sambutan Pertengahan Tahun Di Semua Outlet

Hadiah dengan Pembelian
Kumpul RM500/ RM1,500/ RM7,000/ RM10,000 dalam pembelian pada hari yang sama (sehingga tiga transaksi) untuk menerima hadiah edisi terhad eksklusif mengikut perbelanjaan anda!

● Pencarian Cap NappyBaku
Setiap penyertaan akan menerima:

o Baucar fizikal RM25 dari Come True Cafe
o cong Caphe Baucar Beli 1 Percuma 1 (dengan minuman terpilih)
o Baucar fizikal RM50 Hijiriko (tiada pembelian minimum, hanya sah dari 14-17 Jun)

Raksasa kecil gala eslite akan "dipisahkan" kepada cap yang berbeza. Lengkapkan pengalaman pengumpulan cap untuk menerima kad wangian edisi terhad ARK. Serahkan kad yang telah siap dicap di Come True Cafe untuk menikmati soufflé teh susu mutiara gula perang (dengan perbelanjaan minimum RM100).

14 Jun - 14 Julai: Baucar eslite Youth Power Up
· ● Baucar eslite Youth Power Up
Tunjukkan ID pelajar anda di eslite bookstore untuk menerima baucar kampus eslit RM10! Belanja RM100 dalam satu transaksi untuk mendapatkan tambahan RM20 e-baucar kampus eslite!

·● Keistimewaan untuk Pendidik
Tunjukkan ID guru anda di kaunter perkhidmatan eslite untuk menaik taraf keahlian eslite kepada Gold Card secara percuma!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Acara Siri Forum eslite Dibuka dan Penyertaan Percuma:

Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 - Sidang Media Gala eslit (Jemputan Khas Sahaja)

  • Tarikh: 12 Jun (Rabu)
  •  Masa: 8 malam

Hanya muat turun Aplikasi eslite MY untuk mendaftar secara percuma dan menyertai acara berikut

Outlet-outlet di eslite spectrum Menawarkan Diskaun Sambutan Pertengahan Tahun:


Muat turun aplikasi eslite MY di SINI
Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum 2024 - eslite gā lá Bermula 12 Jun! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.