VIT’S Sumbang Dana Untuk Bantu Persatuan Karyawan di Konsert Amal “ The Legends”

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan telah menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan uhtuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan Karyawan.

Persatuan ni bergiat aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam pelbagai aktivtii karya seni di Malaysia. 


VIT'S merupakan jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 telah mengambil inisiatif positif dengan membantu memberi bantuan dana sejumlah RM 50,000 (lima puluh ribu ringgit Malaysia) kepada Persatuan Karyawan ini.
VIT'S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni, serta memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan . menyumbang jasa dalam bidang seni
kata Pengarah Eksekutif, En YT Lai. 


.Selain itu juga, VIT'S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuah produk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu.

Kerjasama Bersama Ramen Asam Laksa Ibu
Dengan setiap pembelian Ramen Asam Laksa Ibu sejumlah RM 1.00 (satu ringgit) akan didermakan kepada Persatuan Karyawan dan diharap agar orang ramai dapat membeli produk terbaru ins sambil beramal dan juga berharap agar inisiatif ini dapat membantu shi-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.


Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Sen Setia (Dr.) Haj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT'S Encik YT Lai dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini

Konsert Bersama "The Legends"
Konsert yang bermula pada jam 8 malam telah menyatukan penyanyi penyanyi agenda di atas satu pentas. Antaranya seperti Datuk Khadjah Ibrahim, Datuk Awie, Dato' Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi.


Persembahan yang cukup bertenaga dari ke semua artis jemputan yang menyampaikan lagu-lagu yang pernah hits pada tahu 1970an-1980an.Antaranya seperti Doa Buat Kekasih, Sejati dan pelbagai lagi.


Malam yang cukup meriah dengan lagu-lagu 'evergreen' yang cukup menghiburkan. Terima kasih atas jemputan/

TiTok Shop : vits _official.
www.itsnoodles.com untuk maklumat lanjut
VIT’S Sumbang Dana Untuk Bantu Persatuan Karyawan di Konsert Amal “ The Legends” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.