Bunga Carnation Dari Happy Bunch

Menjadi satu kejutan yang cukup istimewa apabila kita menerima jambangan bunga. Jika biasanya kita menerima bunga rose, tulip dan kekwa, apa kata kita hadiahkan bunga yang lain dari kebiasaan. Contohnya seperti bunga Carnation.

Yesza! Bunga Carnation dari Happy Bunch. Dan saya telah memilih‘Purple Carnations’ untuk dihadiahkan buat Amani bersempena dengan hari jadinya yang keempat belas tahun. Suka dia!


Purple Carnation sebenarnya ada banyak makna.Lazimnya, ia melambangkan sifat berubah-ubah, atau tidak dapat diramalkan. Sesuai dihadiahkan pada mereka yang sukakan cabaran, berdikari dan mempunyai semangat bebas. Ianya juga sering dikaitkan dengan dengan kejayaan dan kekayaan

Koleksi cantik rekaan bunga yang sederhana tapi bagi impak yang besar pada penerima. Bunga Purple Carnations dipadankan sempurna dengan daun Eucalyptus segar untuk sentuhan keindahan semula jadi. Dalam jambangan minimalis disalut dengan balutan sarang lebah mesra alam, menjadikannya bukan sahaja cantik, tetapi juga baik kepada Bumi.


Korang boleh dapatkan Bunga Carnation mengikut pilihan korang samada untuk 12 kuntum ataupun 18 kuntum bunga harga bermula dengan harga RM58 sahaja.

Boleh beli atas talian dan bunga akan dihantar pada hari yang sama mengiikut permintaan. Jadi penerima akan menerima bunga didalam keadaan segar dan tidak layu. Tempahan dan penghantaran mereka buat setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jika anda ingin hadiahkan jambangan bunga untuk ulangtahun perkahwinan, atau juga jambangan bunga untuk hari istimewa, Boleh dapatkan bunga-bunga terbaik, segar dan berkualiti dari Happy Bunch.


No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...