Get.Set.Glow Bersama guardian Untuk Tahun 2024

Get.Set.Glow bersama guardian adalah acara retreat tahunan yang sentiasa dinantikan oleh #gayasquadguardian. Penganjuran retreat kali ketiga ini telah diadakan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Ianya berlansung dari 19 hingga 20 Julai 2024 iaitu selama 2 hari 1 malam.

Acara bermula seawal 9.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan acara dimulakan dengan ucapan aluan dari Priscilla Wu, Managing Director guardian Malaysia & Brunei.

100 Jenama Terbaik Kesihatan & Kesejahteraan di guardian
Untuk kali ini, guardian telah memperkenalkan 100 jenama terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan (health & wellness). Saya dan para peserta yang lain dapat mengenali dan mendekati jenama terbaik ini yang sentiasa menjadi pilihan pembeli-pembeli di guardian.



Banyak rupanya jenama hebat kesihatan dan kesejahteraan yang kita boleh dapatkan dari guardian. Kebaikan dan manfaat setiap produk ini kita boleh ketahui seterusnya dijadikan rujukan apabila kelak kita datang mencari di outlet guardian.

Antara jenama yang menarik perhatian saya adalah Vicks. Jenama ini sebenarnya sudah cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Saya sendiri sudah menjadi pengguna sejak dari zaman remaja lagi. 


Cuma kali ini saya dapat belajar satu teknik bagaimana kita boleh melegakan pernafasan serta masalah hidung tersumbat. Caranya mudah sahaja dengan menggunakan air panas dan beberapa sudu Vicks. Kacau rata campuran Vicks dan air panas. Jika kita selesema atau hidung tersembut, boleh wapkan wajah berdekatan dengan campuran tersebut. Saya sudah mencuba memang melegakan.

Seterusnya VitaHealth, sememangnya jenama suplemen ini cukup terkenal dengan manfaat dan kebaikannya yang tersendiri.


Ada 3 produk VitaHealth yang saya memang rekomen iaitu VitaHealth CHARGE-UPT™ MAG-EASE (bagus untuk mengurangkan rasa tekanan dalam diri, VitaHealth L-Glutathione Plus (berseri dari dalam) dan VitaHealth Turmercare(kebaikan kunyit yang memberi penyembuhan dan kecantikan kulit secara semulajadi).

Sesi Ceramah dan Bengkel
Antara sesi ceramah dan bengkel untuk hari pertama iaitu 19 Julai 2024 adalah seperti berikut:-


Ceramah 1: GUT HEALTH by Jessica Simonis, Clinical Nutritionist from Life Space
Bengkel 1: GLOW GOALS by Cheng Poh Leen, guardian Malaysia's pharmacist
Ceramah 2: MENTAL WELL-BEING: DOES IT MATTER? By Dr Deepa Sreenivasan, Psychiatry and mental health advocate
Bengkel 2: EAT TO GLOW by Lee Ping Nee, dietitian from Cardiac Vascular Sentral KL
Ceramah 3: HEALTH MAINTENANCE & PREVENTION by Dr Ishani Isahan, Medical Doctor, Poliklinik UKM Bangi Avenue
Bengkel 3: A FITTER YOU FOR A BETTER GLOW by Gillian Benjamin, Fitness Trainer and Speaker

Retreat Bermula - Hari Pertama
Kami semua boleh daftar masuk ke bilik hotel pada jam 4 petang. Seharian penat di bilik seminar dan dewan, sempat juga merehatkan diri seketika didalam bilik. Sememangnya bilik penginapan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur memang cantik, suasana serta dekorasi dalam bilik memang sesuai untuk mereka yang datang untuk merehatkan diri.



Berkumpul semula dalam jam 5.30 petang untuk sesi taklimat bersama wakil pihak The Saujana Hotel Kuala Lumpur. 


Aktiviti selanjutnya adalah SLEEP TO GLOW oleh Wing Yan, Founder of Precious Sleep. Saya dapat belajar jenis tidur yang perlu dilalui golongan dewasa. Waktu bila adalah penting untuk kita benar-benar rehatkan diri (tidur) agar kita mendapat tidur yang berkualiti.


 Seterusnya kami ke Senja Restaurant untuk menikmati makan malam. Hidangan italian disajikan tapi paling penting semuanya menu sihat. Saya paling suka dengan sup asparagus. Sedap betul terutama apabila dinikmati bersama garlic bread.


Aktiviti kedua adalah SCENT-SATIONAL GLOW (Candle Making) bersama Eva Cheong, Clinical Aromatherapist & artisanal candle maker. Kami belajar cara membuat 3 jenis lilin pewangi dengan menambahkan aromaterapi serta membuat deko. Di akhir bengkel setiap peserta dapat membawa balik lilin yang telah mendapat sentuhan peribadi masing-masing. Ketika inilah kami banyak megenali peserta lain dengan berkongsi hasil lilin yang dibuat.


Segala aktiviti untuk hari pertama berakhir pada jam 11 malam. Hari yang cukup panjang tapi menyeronokkan.

Sambungan Retreat Bermula - Hari Kedua
Berkumpul seawal 8 pagi di tepi kolam mandi The Saujana Hotel Kuala Lumpur untuk melakukan aktiviti yoga bersama Adrian Loh yang juga merupakan jurulatih yoga dan pakar dalam spine healing.


Selepas aktiviti yoga, misi seterusnya adalah bersarapan pagi di Charcoal Restaurant. Pelbagai hidangan pagi kegemaran masyarakat Malaysia ada ditawarkan di sini seperti nasi lemak, dimsum dan pelbagai lagi.


Aktiviti diteruskan dengan perkongsian dari Adrian Loh tentang topik HOW TO SELF-HEAL THE SPINE? Topik yang agak menarik di mana kita belajar cara duduk dan melakukan senaman ringan yang dapat membantu mengatasi masalah sakit belakang.


Sesi seterusnya adalah belajar menguruskan berat badan yang disampaikan oleh Dr Rajen dari Nugevity. Tip dan cara terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal, salah satu caranya adalah dengan mengamalkan IF intermittent fasting. Ianya perlu diamalkan secara konsisten dan digalakkan 3 kali seminggu.


Untuk aktiviti terakhir, kami semua belajar tentang jenis suplemen harian yang boleh diambil menerusi topik Improving Your Immunity. Sesi ini dikendalikan oleh Wong Chen Yin, Clinical Nutritionist dari Holistic Way. Banyak ilmu yang saya dapat dari perkongsian Chen Yin terutamanya manfaat dari setiap suplemen yang diperkenalkan.

Rehat dan Refleks

Sebelum bersurai, kami sempat adakan sesi luahan rasa tentang program Get.Set.Glow bersama guardian. Secara kesimpulannya semuanya seronok dan puas hati dengan segala aktiviti yang telah dirangkakan untuk peserta. Banyak ilmu dapat dicedok biarpun hanya untuk 1 malam. Namun kekangan masa menjadikan kami masih belum puas untuk bersama lagi dengan pihak guardian dan juga jenama-jenama yang mengambil bahagian.

Sesi cabutan bertuah yang cuiup meriah

Untuk lokasi acara, penginapan dan makanan memang terbaik. Begitu juga dengan jurulatih dan penceramah yang dijemput semuanya hebat. Bagi saya sendiri yang memang memerlukan sangat retreat seperti ini untuk recharge diri agar kembali lebih peka tentang keadaan diri sendiri. Sayangi diri terlebih dahulu amat penting terutamanya melibatkan kesihatan. 

Di samping itu dapat juga saya kongsikan segala tip dan ilmu yang dapat menerusi penyertaan Get.Set.Glow bersama guardian, terutamanya bersama pengikut media sosial, keluarga dan rakan-rakan. 


Terima kasih pihak pengurusan guardian diatas usaha dan komitmen dalam menjadikan aktiviti retreat Get.Set.Glow bersama guardian sebagai satu acara yang hebat dengan misi agar semua peserta selepas ini akan lebih cakna dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

P/S; Puas hati, ilmu dapat, goodies pun lebat :-) Sebelum berangkat pulang,  kami makan tengahari di Restoran Ti Chen dan kali ini disajikan dengan makanan cina yang autentik. 
Get.Set.Glow Bersama guardian Untuk Tahun 2024 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 23, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.