King of Grill BBQ Buffet Dinner Di The Pearl Kuala Lumpur

King of Grill BBQ Buffet Dinner Di The Pearl Kuala Lumpur - Dapat menikmati hidangan bergril dengan hidupan laut yang cukup segar, perapan dagjng yang cukup enak sememangnya memberi satu kepuasan kepada pencinta makanan seperti saya. Yup! Untuk info terdapat 80 menu menarik ditawarkan di sini, memang puas hati.

Saya bersama Senior Head Chef The Pearl KL, Chef Roskaimi Rosli

Lebih mengujakan apabila dapat menikmatinya pada waktu malam dalam suasana mewah dan meriah bersama orang tersayang secara esklusif di hotel tersergam indah di The Pearl Kuala Lumpur.


King of Grill BBQ Buffet Dinner
Bertemakan “King of Grill BBQ Buffet Dinner”, tumpuan utama semestinya  kepada aneka hidangan di ruangan King of Grill. Ada pelbagai seafood seperti sotong, udang, dan pelbagai lagi. Semuanya diperap dengan rempah dan digril menjadikan rasanya lebih istimewa


Tidak dilupakan daging perapan seperti ayam, daging lembu dan kambing. Semuanya diperap terlebih dahulu dan seterusnya dibakar. Tekstur daging yang cukup lembut dan berjus.



Antara menu grill yang wajib anda cuba seperti Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels, Chicken Beef sausages yang digrill dengan sempurna.


Menu Hebat Yang Lain
Selain daripada hidangan gril terdapat juga sajian Jepun yang lazat seperti Live cooking Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza. Turut disediakan ialah aneka pembuka
selera, aneka salad, oyster segar, Pizza, menu utama, pencuci mulut dan pelbagai menu menarik.




Antara menu yang wajib dicuba termasuklah:-
• Japanese culinary spread
• Satay celup counter
• Noodle station
• Oriental corner
• Fresh oyster, poached prawns, Green Mussel, White Clam, Crab
• Portugese-style grilled whole fish
• Chicken satay pizza, classic Hawaiian pizza, Vegetarian pizza




Variasi pilihan minuman panas dan sejuk memang  banyak pastinya dapat memenuhi citarasa setiap pengunjung yang datang ke sini.


Harga Bufet
Tawaran harga cukup menarik dan berbaloi.

Dewasa: RM118+
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM68+

Bagi setiap pembelian 2 dewasa, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah akan menikmati BBQ buffet secara percuma. 

Warga emas dan orang kurang upaya (OKU)
Pelanggan yang berusia 60 tahun dan ke atas termasuk orang kurang upaya akan menikmati diskaun sebanyak 20%.

Tawaran Hari Jadi
Raikan hari jadi anda atau insan yang tersayang di The Pearl dan nikmati hidangan BBQ bufet secara percuma sewaktu kelahiran hari anda.
• Tebus promo menarik ini dengan setiap pembelian 1 dewasa
• (One-time redemption only)

Tawaran menarik
Sekiranya anda datang bersama rakan-rakan seramai 4 orang atau lebih sewaktu bulan kelahiran anda, dapatkan promosi menarik:

20% diskaun untuk second visit
30% diskaun untuk third visit

Tempat terhad, - buat tempahan segera!
Jom makan malam di sini.

Masa:
6.30pm – 10.00pm  (Setiap hari Jumaat dan Sabtu)
Dine in only


Lokasi:
Melo Café & Deli, level 5
The Pearl Hotel Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk tempahan, sila hubungi nombor telefon dibawah atau whatsapp:terus ke:-
03-7983 1111 ext: 3203
016 331 9375 or https://wa.link/96z6pi
Email: enquiry@pearl.com.my
Laman Sesawang: www.pearl.com

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...