Love is in the Hair: Sentiasa Jelita. Rangkaian Penjagaan Rambut Terpilih guardian

Untuk info pada tahun lepas sebanyak 30% daripada rakyat Malaysia secara aktif mencari apa yang baik dan tidak baik untuk rambut mereka di laman media sosial seperti TikTok, Youtube, Facebook dan Instagram. 


Bahkan data daripada Google menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah melakukan carian dalam talian untuk mencari punca dan rawatan untuk masalah rambut mereka. Dan sebahagian besar carian tersebut adalah berkenaan keguguran rambut, masalah kelemumur dan kerengsaan kulit kepala. 

Dengan lautan maklumat di internet dan media sosial, dan pelbagai pendapat individu yang berbeza, seseorang boleh menjadi bingung untuk cuba mengenal pasti punca sebenar masalah rambut dan kemungkinan penyelesaian yang terbaik untuk mereka
 kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Memahami kehendak pengguna dan pelanggan guardian Malaysia telah  mendedikasikan bulan Julai 2024 ini untuk segalanya berkaitan ‘mahkota’ setiap insan, dengan kempen Love is in the Hair sehingga hujung bulan.

Melalui kempen ini, guardian cukup komited untuk menjadi kurator utama jenama, produk dan penyelesaian terbaik untuk penjagaan rambut pelanggan. 

Dengan barisan jenama terpilih yang merangkumi kategori Anti Rambut Gugur, Penjagaan Kulit Kepala, Warna Rambut dan Kecantikan Rambut, guardian menyediakan langkah pencegahan yang tepat dalam mengatasi masalah rambut gugur, rawatan yang disesuaikan untuk masalah kulit kepala, pilihan warna rambut yang menarik, atau produk penjagaan kecantikan rambut yang mewah. 


Bersama koleksi jenama berkualiti tinggi yang dipilih susun dengan teliti, guardian ialah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut. 
  

Bagi memulakan kempen ini, satu sesi previu khas jenama dan pakar yang dipilih susun untuk mengatasi pelbagai masalah rambut istimewa rakan-rakan media dan pempengaruh telah diadakan di Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens. 


Ia merupakan sebuah acara pengalaman menguruskan rambut dengan baik bersama mereka yang progesional. Di mana para tetamu boleh bertanya mengenai masalah utama rambut mereka seperti rambut gugur dan penjagaan kulit kepala, cara memilih warna rambut yang betul serta cara mengekalkan rambut yang sihat kepada pakar-pakar penjagaan rambut di acara tersebut. 


Semua tetamu kemudiannya berpeluang mengalami sendiri rangkaian penyelesaian penjagaan rambut yang telah dipilih susun oleh guardian, yang menggunakan bahan-bahan terkini seperti hyaluron, kafein, dan banyak lagi, melalui sesi cucian, rawatan dan dandanan rambut yang menyegarkan, memberikan penampilan yang berseri dan berbeza di penghujung acara. 
Selain memastikan masalah rambut mereka diselesaikan oleh pakar yang berkelayakan, para tetamu juga dapat mencuba sendiri jenama-jenama penjagaan rambut yang telah kami pilih susun. Hasilnya, mereka berasa cantik dan tampil berkeyakinan dengan penampilan baru mereka
 tambah Anna Ng.

Kepakaran tersendiri guardian tentang penjagaan rambut akan ditawarkan kepada orang ramai mulai 10 Julai hingga 28 Julai 2024 di beberapa lokasi di seluruh Lembah Klang.

Pelbagai aktiviti menarik melibatkan jenama penjagaan rambut terkenal terpilih akan berlangsung di Suria KLCC dan Mid Valley Megamall dalam beberapa minggu akan datang, dengan acara kemuncak ‘hair playground’ dijadualkan bermula pada 23 Julai hingga 28 Julai di IOI City Mall, Putrajaya. 
Acara ‘hair playground’ bakal menjadi acara berskala besar dengan pelbagai aktiviti hebat seperti pemeriksaan kulit kepala, khidmat nasihat, pertandingan dandanan rambut dan warna rambut serta pertunjukan fesyen rambut. Ia adalah acara kemuncak kempen selama sebulan Love is in the Hair kami. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi acara ruang legar selama seminggu ini, yang bertempat di IOI City Mall,
 jelas Anna Ng.

Jenama-jenama yang mengambil bahagian dalam kempen Love is in the Hair ialah are Aussie, Clear, Garnier, Head&Shoulders, Kundal, L’oreal, Liese, Revlon, Ryo, Sunsilk, mise-en-scene dan 50 Megumi. 
Kami berterima kasih kepada semua rakan-rakan kongsi jenama di atas sokongan mereka dalam menjayakan kempen ini. Dari akar hingga ke hujung rambut, kami di guardian mempunyai salah satu rangkaian penyelesaian penjagaan rambut terpilih yang terluas di Malaysia, untuk membantu anda tampil berseri pada setiap detik kehidupan seharian anda!
kata Anna Ng mengakhiri.

Nota kaki: Lama tidak ke salon, peluang yang diberikan oleh Guardian kepada saya untuk mengetahui
masalah rambut, cuci dan blowing tidak saya lepaskan.

Penerangan teebaik tentang masalah rambut terutama di bahagian kulit kepala yang perlu diberi perhatian. Serta paling best jenis syampu dan perapi rambut juga ada disyorkan.

Info dan tips cara mewarna rambut juga ada dikongsikan. Memang best!


Terima kasih guardian atas jemputan ❤️
Love is in the Hair: Sentiasa Jelita. Rangkaian Penjagaan Rambut Terpilih guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 11, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.